Formula 1 : Kenali Kehebatan dan Potensi Diri
Formula 4 : Hidup Bermatlamat dan Berwawasan
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Formula 5 : Memelihara Amanah
Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “ Apabila kamu memiliki empat perkara, kayalah kamu. 1) Memelihara amanah 2) Bercakap benar 3) Akhlak yang baik dan 4) Dapat mengawal nafsu makan.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabrani).
Penulis turut menekankan kepentingan memelihara faraj. Mengapa beliau menyebut perkara ini? Hal ini kerana gejala seks bebas dan zina amat berleluasa dewasa ini. Malahan, industri pelacuran membawa pulangan yang amat besar. Pada tahun 1996 yang lalu, negara gempar dengan berita seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam akaun hasil kegiatan bohsianya. Hal ini terbongkar apabila dia ingin membeli sebuah kereta mewah untuk dihadiahkan kepada teman lelakinya. Masya Allah..
Selain itu, pihak media massa turut sama menanggung amanah. Penulis sendiri meletakkan media seperti berikut :
M – Matlamat
Matlamat yang dimaksudkan di sini ialah apa yang ingin disampaikan media kepada masyarakat. Matlamat itu seharusnya membawa kepada kebaikan dan bukannya mendorong ke arah perkara-perkara yang rendah moral.
E – Efisyen efektif
Efisyen bererti melakukan sesuatu dengan cara yang betul. Efektif pula membawa maksud kesan media terhadap seseorang individu dan masyarakat.
D – Dakwah
Seharusnya media boleh bertindak sebagai agen penyebar dakwah yang efektif dan efisyen kerana salurannya lebih mudah dicapai dan mampu menarik minat orang.
I – Inovatif
Program yang dihasilkan menarik dan kreatif. Barulah orang minat menonton dan mengikuti program yang ditayangkan atau dibuat.
A – Amanah
Mereka perlu bertanggungjawab atas apa yang disampaikan.
Selain itu, masa juga adalah amanah. “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr : Ayat 1-3). Abdullah bin Umar pernah berkata, “Apabila kamu berpetang, janganlah kamu menanti pagi dan apabila kamu berada di pagi hari, janganlah kamu menanti petang.” (Direkodkan oleh Imam Bukhari).
Teknik mengurus masa yang dicadangkan oleh B. Eugene Griesmann, pengarang buku Time Tactics of Very Successful People :
Antara insan yang amanah yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran ialah Luqmanul Hakim. Jika kita membaca surah Luqman, kita akan dapati bahawa beliau seorang yang sangat amanah dan sangat jujur dan banyak memberi nasihat kepada anaknya. Dikisahkan anaknya bertanya kepadanya mengenai perkara asas yang perlu seseorang miliki untuk menjadi baik.
Luqmanul Hakim = Agama.
Anak = Jika dua perkara?
Luqmanul Hakim = Agama dan harta.
Anak = Jika tiga perkara?
Luqmanul Hakim = Agama, harta, dan malu.
Anak = Jika empat perkara?
Luqmanul Hakim = Agama, harta, malu dan akhlak yang baik.
Anak = Jika lima perkara?
Luqmanul Hakim = Agama, harta, malu, akhlak yang baik dan pemurah.
Anak = Jika enam perkara?
Luqmanul Hakim = Wahai anakku, apabila kelima-lima perkara ini berhimpun pada individu itu, orang itu adalah insan yang bersih lagi bertakwa. Allah memeliharanya dan beliau terselamat daripada hasutan syaitan.
Wallahualam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan