Sabtu, 4 Julai 2015

RakBuku2015 (36) Sepetang Di Kafe Biblioholic

Bismillahirrahmanirrahim



Akhirnya setelah lebih 6 bulan menahan diri membeli buku, saya beli juga buku ini ketika jualan pertengahan tahun Jemari Seni. Kebetulan pakej yang ditawarkan menarik dan buku ini salah sebuah yang menjadi tarikan sejak awal lagi.

Buku, minuman teh / kopi dan cuaca hujan memang kombinasi yang menarik. Nyaman sekali. Buku ini ada kesemua ciri yang disebutkan. Tambahan lagi apabila watak utama memulakan perniagaan kafe buku, lebih-lebih lagi rasa teruja ;)

Saya mengenali jenis-jenis teh dan kopi dan kaitannya dengan watak utama. Ilmu baru bagi saya. Harap dapat cuba teh dan kopi yang disebutkan selepas ini.

Hmm.. sesekali membaca novel membuatkan saya lari sebentar dari suasana sekeliling yang adakalanya menyesakkan. Mungkin ia menjadikan saya lebih menerima kelemahan dan kekuatan seseorang dengan asbab membaca novel ^_^

Jumaat, 3 Julai 2015

RakBuku2015 (35) Sahaja Aku Jatuh Cinta

Sumber gambar : sini
Bismillahirrahmanirrahim.

Buku ini saya beli bersama dengan 3 buah lagi buku Bonda Nor iaitu Kapur Kasut vs Kapur Tulis, Setelah Ammar Tinggalkan Kita dan Pujuklah Hati. (Wah, sudah jadi peminat Bonda Nor ini!).

Kulit buku Sahaja Aku Jatuh Cinta ini unik. Mengambil reka bentuk i-pad dan gambar belon panas di hadapannya. Buku ini adalah olahan fiksyen kisah hidup ibu bapa Allahyarham Ahmad Ammar. Sungguh pun tidak 100 peratus menyamai kisah mereka namun sedikit sebanyak ia membuka mata dan menggerakkan minda untuk berfikir dan bermuhasabah diri.

Hampir seluruh hidup si suami didedikasikan untuk masyarakat / ummah, sememangnya si isteri seorang yang cekal dan kental menghadapi cabaran. Tinggal bersama mertua berpuluh tahun, menguruskan rumah dan keluarga sepeninggalan suami, pandai menjaga diri dan mendidik anak-anak. Subhanallah.

Sirah yang disisipkan turut menjadi pemangkin semangat dan motivasi. Masya Allah. Semoga Allah mengganjarinya dengan kebaikan dan syurga, amin..