Sabtu, 27 Jun 2009

Jangan Beralasan Anda Jahil

Tajuk : Jangan Beralasan Anda Jahil

Penulis : Harun Yahya

Penerbit : Saba Islamic Media

Harga : RM 23.00

Tarikh baca : 19-23 Jun 2009

Bil muka surat : 120



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di dalam buku ini dibentangkan fakta-fakta yang sering kita abaikan dan hujah-hujah yang diberi mengetuk minda kita untuk berfikir. Antara isi kandungan buku ini ialah menegaskan kewujudan Allah, sebagai pencipta yang Maha Agung. Teori evolusi yang dicipta tidak wujud kebenarannyaadalah palsu semata-mata. Malahan teori-teori yang dibuat oleh ahli-ahli evolusi sangat tidak logik dan bertentangan dengan hukum alam. Sebagai contoh, mengikut khayalan para saintis evolusi, mereka mengatakan pada masa dahulu terdapat beberapa jenis ikan yang merasakan mereka perlu meninggalkan kehidupan di laut dan berpindah ke daratan atas sebab-sebab tertentu. Maka bagi memenuhi keperluan ini, berlaku beberapa perubahan ke atas ikan bagi membolehkannya hidup di daratan dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di daratan. Bagaimana mungkin seekor ikan boleh berubah menjadi seekor reptilia?

Semua teori yang mengarut ini dapat disangkal dengan hujah saintifik yang berfakta jelas. Adalah mustahil haiwan di lautan boleh hidup di daratan. Hal ini kerana :

(m/s 18-19)

1) Membawa berat badan.

Haiwan yang tinggal di darat menggunakan 40 % tenaga merena hanya untuk membawa tubuh badan mereka ke mana-mana. Manakala haiwan di lautan tidak mempunyai masalah membawa berat badan mereka.

2) Mengekalkan haba.

Haiwan yang tinggal di daratan mempunyai mekanisme tubuh badan yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan besar suhu di bumi. Namun di lautan, perubahan suhu adalah perlahan dan tidak berlaku mendadak. Maka kadar metabolisme kedua jenis haiwan ini amat ketara. Oleh itu, mustahil bagi kedua haiwan ini mengalami peralihan.

3) Penggunaan air.

Air dan kelembapan amat penting kepada proses metabolisme. Kedua-dua unsure ini digunakan dengan berhati-hati oleh haiwan di daratan kerana ianya terhad. Contohnya, kulit kita tercipta agar membebaskan kadar air yang tertentu dan pada masa yang sama menghalang penyejatan yang keterlaluan. Haiwan di darat merasa haus dan dahaga tetapi tidak kepada haiwan di lautan. Jadi, mana mungkin kedua haiwan ini mengalami peralihan?

4) Ginjal.

Haiwan di laut mudah menyah sisa buangan mereka dengan cara penapisan kerana terdapat banyak air di sekeliling mereka. Tetapi haiwan di darat pula menyah sisa buangan dengan menggunakan ginjal. Sebab itulah mereka mempunyai ginjal.

5) Pernafasan.

Haiwan seperti ikan mempunyai insang sebagai saluran pernafasan dan bagi haiwan di darat pula mempunyai sistem paru-paru. jadi, bagaimana haiwan di laut berubah menjadi haiwan di darat. Kita sendiri dapat berfikir perbezaan antara keduanya..

Banyak lagi fakta menarik yang dibentangkan di dalam buku ini. kejadian menarik yang Allah ciptakan amat mengagumkan. Subhanallah. Banyak sungguh nikmat yang Allah beri tetapi tidak disedari oleh kita. Ada juga yang diambil remeh oleh kita.

Bab-bab terakhir di dalam buku ini mendedahkan satu fakta yang memeranjatkan. Pada awal pembacaan saya pun, saya kurang memahami apa yang dibaca. Tetapi selepas berfikir dan melihat semula, saya mula memahami apa yang dituliskan.

Percayakah anda bahawa semua yang ada di dunia ini tidak wujud melainkan ilusi semata-mata? Dapatkah anda terima bahawa semua yang kita ada, yang kita lihat dan kita rasa ini sebenarnya hanyalah PERSEPSI kita semata-mata? Semua ini hanyalah bayangan yang dihasilkan oleh deria yang Allah berikan kepada kita.

Hal ini kerana, sejak kita dilahirkan interaksi kita dengan alam sekeliling adalah dipersembahkan melalui deria-deria kita. Semua benda seperti bangunan, pokok, bunyi-bunyian dan bintang-bintang sebenarnya adalah hasil persepsi kita yang diterjemahkan oleh deria.

Semua imej yang terhasil atau deria yang kita sentuh, lihat, rasa adalah daripada objek yang kita ANDAIKAN wujud di dunia ini. Isyarat-isyarat imej ini akan dihantar ke otak melalui neuron-neuron untuk ditafsirkan oleh otak. Kemudian, isyarat elektrikal akan ditukar dan menghasilkan visual imej selepas melalui beberapa proses. Mungkin tidak semua orang dapat menerima fakta ini dan tidak kurang juga ada yang tidak percaya dan menolak fakta ini tetapi apa pun fakta yang dijelaskan di bab terakhir buku ini sesuai dijadikan kajian sejauh mana kebenarannya. Adakah anda bersedia?. . .
Wallahualam.
AdH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan