Sabtu, 16 Januari 2016

My TBR books

Bismillahirrahmanirrahim.

Masa.

Moga saya dapat tamatkan bacaan buku-buku ini tahun ini 😂

Jumaat, 15 Januari 2016

Bacaan Januari Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.


6 buah buku sudah dibaca setakat ini :

1. Komik Tazkirah Tok Guru.
2. Koleksi Cerpen Berguru Pada Binatang - Edisi Murid.
3. 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi.
4. Amelia - serial anak-anak mamak.
5. Diari Mat Despatch #5 Naluri Ayah.
6. #Henshin From Jahiliah To Jannah.


2016

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama saya tinggalkan blog ini tanpa catatan. Masih tetap membaca tetapi tidak membuat ulasan. Mungkin saya seolah-olah mengejar masa membaca  buku dan mencatat di dalam jurnal sahaja. Lebih mudah begitu.

Tahun lepas (2015) saya mencatatkan bacaan 72 buah buku berbanding 80 buah pada 2014. Merosot. Ya, sebab saya banyak ralit dengan telefon pintar. Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. ^_^;

Insya Allah tahun ini mahu kurangkan masa dengan gajet dan lebihkan membaca. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dapat saya kongsikan insya Allah.

Tahun ini menggalas amanah mengajar kelas peperiksaan. Berdebar. Semoga dapat mengajar dengan baik dan Allah bukakan hati dan minda anak-anak istimewa ini menerima pelajaran. Amin.