Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallah, sebuah buku yang sangat memberi motivasi dan inspirasi. Terasa malu apabila membandingkan profil anak muda di dalam buku ini dengan diri sendiri.
Para ulama dahulu sangat menjaga masa, adab dengan guru dan sangat mencintai ilmu. Setiap masa menuntut ilmu bagaikan tiada lagi hari esok.
Bukan sekadar mengandungi biografi para ulama tetapi penulis bijak memikat pembaca dengan tarbiah, tip dan motivasi. Gaya penceritaan yang santai sesuai dengan aras pembaca. Sangat disyorkan membaca buku ini. Semoga kita lebih bersemangat tinggi menuntut ilmu dan menghafaz al-Quran. .
Antara tokoh yang diceritakan ialah Yahya bin Yahya yang digelar oleh Imam Malik sebagai "Tokoh Cerdas Dari Andalus".
Pada suatu hari ketika majlis ilmu Imam Malik bin Anas lalu seekor gajah (haiwan yang jarang terlihat di negara Arab). Kebanyakan murid bangun dan melihatnya kecuali beliau.
Selesai majlis, Imam Malik bertanya mengapa beliau tidak melihat gajah? Jawabnya, aku keluar dari negeriku untuk belajar adab dan menuntut ilmu denganmu bukan melihat gajah. Imam Malik berasa kagum dengannya.
Masya Allah.
Khamis, 22 Januari 2015
Isnin, 19 Januari 2015
RakBuku2015 (4) Saya Tunggu Awak
Bismillahirrahmanirrahim. Hubungan antara pensyarah-pelajar yang berlainan jantina mampu mengundang terbitnya perasaan dalam jiwa. Cemas dan berdebar ketika membaca rentetan peristiwa di dalam Saya Tunggu Awak. Bukan mudah bermujahadah mempertahankan cinta dan setia kepada suami, mempertahankan maruah diri dan keluarga, memperkukuh benteng diri dari terjebak melakukan maksiat...semuanya mampu dielak apabila iman dan taqwa bertapak kukuh dalam diri. Subhanallah. Sudah lama saya tidak membaca novel. Sebenarnya melihat kepada tajuk, saya berfikir banyak kali sebelum membelinya. Ya, saya bias. Beli kerana promosinya begitu hebat ketika itu. Apatah lagi apabila melihat nama-nama besar memperkatakan buku ini ;) Terima kasih penulis, kisah realiti yang digarap begini menyedarkan dan memberi peringatan. Khususnya buat saya yang bekerja. Status sebagai isteri dan muslimah yang taat perintah Allah perlu dipelihara baik-baik. Moga Allah jauhkan fitnah dunia dan dijauhkan musibah. Allahu akbar. |
Label:
Bonda Nor,
Dakwah,
Fiksyen,
perkahwinan
Ahad, 18 Januari 2015
RakBuku2015 (3) Chicken Soup for the Soul: Stay-at-Home Moms: 101 Inspirational Stories for Mothers about Hard Work and Happy Families
Bismillahirrahmanirrahim.
101 cerita "Stay at home mom". Pelbagai cerita, pelbagai emosi, pelbagai sebab menjadi suri rumah sepenuh masa :-) Ada yang memberi inspirasi, ada yang memberi tekanan emosi. Hihi..
Hampir semua mengatakan tidak mudah menjadi surirumah. Ya, berada di rumah, menguruskan rumah tangga, anak-anak, menjadi perancang kewangan keluarga, menjadi orang gaji, mengurus keperluan dapur dan 1001 tugas lagi namun ibu-ibu tetap mampu melakukannya. Yang penting ada semangat dan minat ;)
Kebanyakannya juga tetap menjana pendapatan dari rumah dengan menjadi penulis atau membina perniagaan atas talian.
Semua ibu adalah hebat! ^_^
Sabtu, 17 Januari 2015
RakBuku2015 (2) Terowong Masa
Bismillahirrahmanirrahim.
Judul buku : Terowong Masa
Penulis : Azman Abdullah
Penerbit : K Publishing Sdn Bhd
Buku ini mengisahkan sekumpulan anak remaja yang dalam perjalanan mendaki Gunung Ledang. Namun baru hari pertama menjejakkan kaki ke sana, tiga rakan mereka hilang. Rupa-rupanya mereka terjatuh ke dalam sebuah lubang terowong masa yang membawa mereka ke 500 tahun lalu.
Bagi saya ceritanya sederhana. Tidak terlalu menambah-nambah sehingga nampak terlalu imaginasi. Ceritanya berpijak pada alam yang nyata ;) Maksudnya, kisah ini zaman Hang Tuah tetapi tiga orang remaja ini tidaklah dapat bertemu dengan Laksamana Hang Tuah dan rakan-rakan secara bersemuka. Hanya didengari melalui cerita tuan rumah yang mereka tumpangi.
Namun mereka sempat merasai bahang peperangan antara tunang Tun Teja (Megat Seri Alam dari Terengganu) dan Laksamana Hang Tuah, merasai kehidupan sebagai anak kampung dan bermesra dengan penduduk kampung.
Ada sedikit nilai tambah apabila Idayu (salah seorang remaja ini) mengajar dayang dan anak gadis kampung belajar mengaji (menggunakan kaedah Iqra') dan membaca jawi. Kisahnya tidak dilanjutkan kerana mereka bertiga berjaya mencari jalan pulang ke zaman ini.

Khamis, 15 Januari 2015
Misi Membaca 2014
Bismillahirrahmanirrahim.
Pencapaian peribadi 2014 = 80 buah buku dengan 78 ulasan. Saya tidak pergi secara terperinci analisis bacaan buku saya. Ada fiksyen dan bukan fiksyen, ada bahasa Inggeris ada bahasa Melayu. Ada genre kanak-kanak, dewasa, kekeluargaan dan beberapa lagi. Untuk 2015 tiada sasaran khusus, cuma mahu membaca lebih banyak buku :)
Dan mahu lebih rajin membuat "story sack" anak. Insya Allah. Moga tercapai 1 bulan 1 buku. Di dalamnya ada kit aktiviti berdasarkan cerita yang dipilih. Allahu akbar, moga dikurniakan idea dan masa untuk membuatnya.

Rabu, 7 Januari 2015
RakBuku2015 (1) Ilmu Kehidupan
Bismillahirrahmanirrahim.
Judul buku : Ilmu Kehidupan
Penulis : Mohd Zaini Ariff, Sabtu M Ali, Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim dan Noor Azma Mohamad Khassim
Penerbit : Galeri Ilmu
Lima penulis, lima cara penulisan namun berkongsi matlamat yang sama. Mencari redha Allah. Setiap kata-kata terus menusuk ke hati. Terasa ketulusan mereka menyampaikan tazkirah dan perkongsian ilmu.
Dunia ini ibarat kunci besar. Manusia harus merebut sifir 5 yang telah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam pesankan - rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara.
Sangat terkesan dengan bab Hadis dan amalan yang ditulis oleh Prof Kamil. Saya kira beliau boleh menulis sebuah buku lain khusus untuk tajuk ini kerana kupasan beliau amat mudah difahami. Di dalam bab ini, beliau berkongsi pengalaman mengamalkan perkara yang dibaca di dalam hadis dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Antaranya mengenai puasa Nabi Daud.
"Wahai anak Adam! Lapangkanlah masa untuk beribadat kepada-Ku, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan dan Aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan Aku tidak menutup kemiskinanmu." ( Hadis riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah) 😢
Misalnya huraian hadis ini memberi kefahaman kepada saya :
Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka 7 tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur sepuluh tahun. (Hadis riwayat Abu Dawud)
Ada empat komponen utama meresap ke jiwa :
1. Kepentingan solat dalam kehidupan manusia.
2. Mendidik anak biarlah bermula dari usia yang mudah dibentuk.
3. Mendidik anak-anak perlu dilakukan dengan cara pujukan, teladan dan doa.
4. Ia perlu diamalkan dalam segenap proses mendidik anak-anak.
Begitu juga dengan hadis ini :
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau beliau diam. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- Ia bukan soal pilihan semata-mata.
- Berkata baik adalah pilihan yang lebih menarik, kuat, perlu dan lebih mulia daripada berdiam diri.
- Diam diri - pilihan orang lemah atau pentingkan diri sendiri.
Prof Kamil turut menyusun perkara "baik-baik" yang ingin dikatakan :
- Bersihkan hati
- Ajak orang solat (sebelum ajak orang, sendiri perlu bersungguh buat amalan ini)
- Ajak orang puasa Isnin Khamis, membaca al-Quran dan terjemahan sekurang-kurangnya satu muka surat sehari
Tulisan Pn Noor Azma juga mengusik jiwa. Hakikatnya manusia dijadikan untuk mencintai Allah. Ujian yang diberi untuk kita sentiasa kembali kepada Allah. Usia muda pasti berlalu. Tiada kos mampu dibelanjakan untuk mengekalkannya. Penawarnya? Belanjakan usia muda itu ke jalan Allah dengan bekerja untuk agama Allah dan menambah ikmu dan buat kebaikan sebanyak-banyaknya. Allah..Allah..
Tip penyusuan juga ada 😉 Ketenangan ibu dan rasa redha yang tinggi akan menjadikan penyusuan susu ibu sebagai kegiatan yang menggembirakan antara ibu dan anak. Insya Allah.
Terakhir, kata-kata Prof Kamil ini sedikit sebanyak memberi kekuatan di kala hadapi masalah :
"Pengalaman saya mengajar sesuatu
Kita tidak perlu 'khuatir amat' apabila orang tidak berpuas hati dengan kita. Amati, pertimbangkan, lakukan pembetulan jika perlu dan teruskan kehidupan dengan bersandarkan semata-mata kerana Allah.
Kita perlu banyak berdoa, solat, bermunajat dan berbicara dengan-Nya agar Allah beri jalan penyelesaian dan menjadikan hati tenang. Dugaan dan ujian seumpama ini boleh menyebabkan kita makin hampir dengan-Nya."
Wallahualam.

Langgan:
Catatan (Atom)