Skroll ke bawah untuk Formula 1 hingga 5 (",
Formula 6 : Berfikiran Positif
“Dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu berdukacita kerana kamulah orang-orang yang tinggi jika kamu beriman.” (Surah ali-Imran).
Thomas Edison adalah antara contoh orang yang tidak mudah putus asa hadapi kegagalan dan sentiasa berfikiran positif. Beliau gagal sebanyak 6,000 kali semasa mencipta lampu! Ibunya mengatakan dia gagal dan tidak perlu lagi bersusah payah mencipta lampu tetapi dia menjawab, “Tidak. Sebenarnya saya tidak gagal tetapi saya berjaya mengenal pasti 6,000 cara untuk menyebabkan lampu tidak menyala.” :)
Kita sebenarnya mampu memperoleh kejayaan sekiranya berfikiran positif dan sabar. Allah telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Malah telah disebutkan di dalam al-Quran di dalam Surah at-Tin ayat 4 : “Sesungguhnya Kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik.” rasulullah turut memberi formula kejayaan iaitu “Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Dikisahkan pada satu masa, datang seorang lelaki datang menemui Abdullah bin Mas’ud dan berkata, “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.” Abdullah bin Masud menjawab : “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang membaca Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar bacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam, dan pada masa itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya supaya diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu.”
Lelaki tadi pulang ke rumah dan mengambil wuduk dan membaca Quran penuh khusyuk seperti yang dinasihatkan. Selepas itu, jiwanya kembali tenang. Kesimpulannya di sini, “turn to the one and only” dalam apa jua perkara yang dilakukan :)
Formula 7 : Menyantuni manusia
^ Menjaga hubungan dengan Allah dan dengan manusia.
^ Elak syak wasangka dan mengumpat.
“Wahai mereka yang beriman, jauhilah daripada kebanyakan prasangka kerana sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mengintip kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.” (Al-Hujurat : 12).
^ Membantu antara satu sama lain.
“Bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah : 2).
^ Menghormati orang lain tidak kira pangkat ataupun darjat.
Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Apabila orang suruhan kamu menyediakan makanan, jemputlah dia duduk untuk makan bersama-sama kamu. Apabila makanan itu sedikit untuk beberapa suap sahaja, berikanlah sesuap dua kepadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
^ Mempunyai kemahiran interpersonal.
Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Mahukah aku tunjukkan sesuatu yang akan menaikkan darjatmu? Bersopan-santunlah dengan mereka yang tidak mempedulikanmu. Maafkanlah mereka yang menzalimimu.Berikanlah kepada mereka yang bakhil kepadamu. Hubungilah mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan denganmu.”
^ Komunikasi yang efektif.
^ Menjadi pendengar yang baik.

^ Mementingkan kebersihan hati dan bersikap warak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Konklusi :
Apa yang merangsang umat Islam berjaya?
Inilah dia Surah al-An’am ayat 162 yang bermaksud : “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah kerana Allah, Tuhan Semesta Alam.”
Mungkin kita boleh merenung sejenak kata-kata Yusuf Islam ini :
“Budaya dan nilai hidup barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya.”
(Petikan ucapan yang disampaikan olehnya di dalam ceramah beliau di Dewan Sri Pinang pada 12 November 1995).
Wallahualam.
AdH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan