Selasa, 29 April 2014

Buku 18 : Impiana oleh Ain Maisarah

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya diberitahu novel ini merupakan novel dewasa dan berbeza dengan novel remaja lain yang ditulis oleh Ain Maisarah. Lama berada dalam simpanan kerana saya tiada buku sambungannya iaitu Impiana 2, Impiana 3 dan Impiana Finale.

Ternyata berbeza walaupun menggunakan watak yang sama.

Cerita bermula dengan pertemuan semula alumni SMK Seri Bangsar selepas 10 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Sesi perkenalan ringkas menemukan mereka dengan pelbagai cerita kehidupan masing - masing. Paling menarik apabila rakan mereka, Mini Monira Badak Air yang dahulunya pelajar paling gemuk di sekolah kini tampil anggun dengan sekitar 45kg dan bekerja sebagai pramugari.

Kejayaannya menurunkan berat badan menggunakan khidmat Syarikat Impiana menjentik rasa mahu mencuba pada diri Shasha. Dia yang dahulunya sangat popular sebagai pelajar yang paling cantik dan anggun, kini tidak lagi dengan berat 97kg dan kuat makan.

Shasha menjadi orang pertama mendaftar dengan Syarikat Impiana ini selepas pertemuan malam itu. "Tagline" syarikat - Segala impian anda akan tercapai. .. Walau dengan apa cara sekalipun! Kami mampu merealisasikannya! berjaya menarik minatnya dan impiannya untuk kembali kepada berat badan 50kg dalam masa 3 bulan diharap tercapai.

Kemudian diikuti dengan Nana, Linda, Fahrin dan Pai'e. Masing - masing dengan impian mereka yang mahu dicapai dalam masa 3 bulan.

Tanpa sedar mereka semua termasuk ke dalam perangkap permainan yang kejam dan dahsyat hasil percaturan Syarikat Impiana.

Misalnya Shasha mendapat tiket percutian ke Bali selama sebulan dan mendapat rawatan kecantikan dan spa di sana. Ketika di dalam penerbangan, dia berbual dengan teman sepenerbangannya bernama Fadzly sehinggalah ketika turun di lapangan terbang, Shasha ditahan kerana disyaki membawa senjata berbahaya dan bahan terlarang.

Shasha ditahan selama sebulan di penjara dan terpaksa melakukan aktiviti rutin banduan seperti berkebun dan terpaksa memakan hidangan penjara yang tidak sedap. Selepas sebulan barulah Shasha berjaya pulang ke Malaysia. Itu pun kerana dijemput oleh ibunya yang dihubungi oleh pihak syarikat.

Banyak kejadian pelik dan kejam yang berlaku dalam masa 3 bulan dan adakalanya sangat mengancam nyawa dan keselamatan kaum keluarga Shasha.

Kejadian yang sama berlaku kepada rakan-rakan mereka yang lain dan perkara ini cepat disedari oleh Shasha dan bertindak untuk menghalang dan menyelamatkan rakan-rakannya. Mereka menemui Mimi Monira dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ini adalah balasan dendam Mimi kepada mereka semua yang pernah membulinya dengan teruk 10 tahun dahulu.

Debaran semakin terasa.  Namun kisah seterusnya bersambung dalam novel berikut ^_^;

Moralnya, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Jika mahukan perubahan perlulah mengikut kemampuan diri dan tidak bertindak melampaui batas. Mahu buat sesuatu perlu dengan ilmu, akal fikiran yang waras dan perlu berada di atas landasan agama.

Wallahualam.

Cuti

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti sakit hampir seminggu, hilang selera makan dan membuat kerja. Apabila kita sakit baru terasa nikmat sihat. Apabila sihat, lupa nikmat sakit. Eh, sakit pun nikmat? Ya, kerana kita lebih menginsafi kelemahan dan kelalaian kita semasa kita sihat ^^,

Terlepas beberapa aktiviti di sekolah. Antaranya rombongan ke PBAKL 2014. Tidak mengapalah, ada rakan guru sudi memikul tanggungjawab menggantikan saya sebagai ketua rombongan :)

Terlepas juga peluang bertemu rakan baik dari Sabah. Beliau datang seorang diri dari sana semata-mata membeli buku di PBAKL. Wah, kagum! Saya masih di dalam wad ketika itu.

Melihat kemeriahan PBAKL tahun ini sangat menarik sekali. Ada ruang rehat dan baca di tingkat 4 dan ada pelancaran buku Pengkarya Guru! Terlepas peluang lagi... Hee.. rezeki buat rakan guru tersebut :) Saya antara orang yang tidak menghantar kembali manuskrip ke pihak berkenaan. Ish3. .cepatlah berubah, wahai Aina Dayana! +_+;

Melihat promosi buku di FB rasa mahu pergi PBAKL tahun ini. Hi hi. . Tetapi tidak mahu cari pasal, tak mahu masuk wad lagi ^_^;

Ruang Rehat dan Membaca disediakan oleh Perbadanan Kota Buku. Sumber gambar : FB Kota Buku

Antara buku baru ITBM ; Biring Sikunani bersama penulisnya. Ilustratornya ialah Puan Emila Yusof!  Sumber gambar : FB ITBM

Antara booth yang menarik perhatian saya (malangnya tahun ini tak dapat ke PBAKL). Sangat tertarik untuk dapatkan siri Dr Bubbles terbitan Buku Prima. Sumber gambar : FB Buku Prima

Isnin, 21 April 2014

Big Bad Wolf Di Melaka!

Bismillah walhamdulillah.

19 - 27 April 2014 BBW mengadakan pesta bukunya di MITC, Melaka. Kami sekeluarga pergi pada hari pertama dan.. ya, saya benar-benar tidak menyangka perlu beratur selama hampir 2 jam untuk membayar buku! Sungguh berbeza pengalaman tahun lalu ;) Namun berpuas hati (dengan diri sendiri) kerana berjaya memenuhi permintaan ibu susuan anak saya yang ingin membeli beberapa buah buku kanak-kanak untuk anak-anaknya. Saya? Walaupun tidak berjumpa apa yang diingini habis juga duit membeli buku anak-anak. Wee...

Saya terjumpa buku Dr Seuss. Berfikir dua kali sebelum mengambil keputusan membelinya. Pertama, "Oh, ini buku Dr Seuss!", Kedua, "Perlu beli atau tidak? Belilah.. untuk ambil tahu mengapa Dr Seuss sangat "terkenal" dalam blog-blog yang saya selalu layari." Haha... mudahnya.

Ya Allah, semoga saya dan anak-anak mendapat ilmu bermanfaat dari buku yang kami beli. Bolehlah mula merancang aktiviti berdasarkan buku-buku ini. Insya Allah :)



Hari Isnin ke tempat kerja, BBW menjadi topik perbualan :) Suka lihat buku-buku yang dibeli oleh kawan-kawan. Ada yang minat berkebun, seni hiasan dalaman, seni kreatif dan lain-lain. Bagus..bagus.. boleh kongsi baca selepas ini :)

Jumaat, 4 April 2014

Buku 16 : Running Man

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya tidak tahu menahu Running Man ini adalah sebuah rancangan Korea dan ada dalam versi kartun. Saya baca buku ini selepas mendapat sedikit info daripada adik-adik usrah remaja. Hee... Tak terkejar saya nak baca semua ^^;

Ceritanya seperti rancangan realiti TV dan ada misi yang perlu diselesaikan dalam tempoh waktu yang tertentu.

Tidak tahu bagaimana mahu ulas buku ini. Bukan minat saya untuk karya jenis ini. Hee.....