PBAKL 2013 membuka tirai bermula 26 l April sehingga 5 Mei 2013. Tahun ini saya dapat merealisasikan hasrat membawa anak-anak didik istimewa ke pesta buku besar seperti ini bagi memberi pengalaman dan menimba ilmu pengetahuan.
Kami berkunjung pada hari pertama dan menjadi antara orang terawal memasuki pesta buku. Sengaja saya pergi pada hari pertama (walaupun hari.Jumaat) kerana kebiasaannya tidak begitu sesak.
Selain melihat pameran buku adik-adik berpeluang menyertai permainan yang dianjurkan oleh booth tertentu. Misalnya di Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM). Selepas menjawab kuiz mereka diberi sebuah buku percuma.
Tahun ini saya hanya membeli beberapa buah buku untuk bacaan sendiri. Peluang bertemu Jerry D. Gray tidak dilepaskan. Kebetulan saya membeli 3 set buku beliau dan meminta jasa baik beliau menandatangani buku-buku tersebut :) Ternyata beliau sangat ramah dan banyak unsur kecindan.