Sabtu, 3 Disember 2016

Bacaan November (2)

Bismillahirahmanirrahim.

Gelombang kedua membaca semasa bercuti ini. Sudah lama tapi baru nak kemas kini. Buku 75 hingga ke-79 di baca tahun ini.



Perjalananku Bersama Al-Quran

Bacaan yang sangat bermanfaat. Buku berharga RM40.00 ini dibeli semasa menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Dr Mohd Shafie di Masjid UKM tahun lalu. 

Lain rasanya apabila membaca buku yang ditulis oleh penghafaz al-Quran. Lebih-lebih lagi apabila beliau menghayati makan al-Quran dan dapat menerangkan kepada pembaca. Kita dapat lihat makna al-Quran dalam konteks yang lebih luas. Masya Allah.

Beliau menceritakan kisah semasa kecilnya membawa kepada alam universiti,berkerja, berkahwin dan mempunyai keluarga serta mengaitkan dengan al-Quran. Sesekali saya berhenti mencatat untaian ilmu penulis supaya tidak lupa.

Nikmatilah Kehidupanmu

Buku ini ditulis oleh Dr Muhammad Abd Al-Rahman Al-'Arifi. Kami beli di PBAKL 2016 di Serdang awal tahun ini di reruai Dakwah Corner.

Recommended book 👍👍👍 Ia bagaikan buku Chicken Soup For The Soul versi Islamik. Penulis bijak mengadun sirah nabawiyah dan melakar nasihat yang bersesuaian dengan konteks masyarakat kini.


Mudahnya Mendorong Anak Syurga


Ulasannya telah saya muat naik di blog Fitrah Homeschooling 😉



Ceritera Haji Wartawan Al-Quran

 Catatan pengalaman Ustaz Abdullah Bukhari menunaikan haji tahun lalu bersama Dato' Dr Abdul Basit Abdul Rahman. Penulis bijak sekali menyusun pengalaman bermula daripada niat menunaikan haji, menguruskan pendaftaran haji yang sangat mencemaskan sehingga berjaya terpilih sebagai tetamu Allah dan cabaran yang dihadapinya ketika berada di Mekah. Banyak juga beliau berkongsi pengalaman apabila bertemu dengan seorang penghafaz al-Quran, bertanya ilmu penulisan dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan siri-siri tazkirah semasa berada di sana. Barakallahufik ustaz.

Diva Solehah

Buku ini ditulis oleh Ustaz Solleh bersama isteri. Ustaz Solleh telah banyak menerbitkan buku antaranya Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran dan Anakku Seorang Hafiz terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Di dalam buku ini, penulis berkongsi ilmu tentang konsep menutup aurat. Bahasa yang mudah, dipecahkan kepada beberapa bahagian, ilustrasi menarik dan menggunakan glossy paper. Saya rasa sangat sesuai untuk bacaan anak-anak perempuan kita. Lebih bagus sekiranya dapat bedah buku ini bersama-sama mereka.

Wallahualam.