Khamis, 24 November 2016

Urusan Cinta Belum Selesai oleh Imaen

Bismillahirrahmanirrahim.



Lama tidak membaca karya Imaen. Dahulu, "berkenalan" dengan karyanya bertajuk Labyrinth. Sejak itu minat dengan penulisannya. Buku ini dibeli sempena promosi 50% semua buku JS minggu lalu 😃

Ini kisah Rauf. Seorang jurutaip merangkap penulis novel. Mempunyai pengetahuan yang luas, berprinsip dan ada cita-cita sendiri. Alhamdulillah tercapai impiannya membuka kedai buku sendiri. Menggunakan kemahirannya dalam sastera dan kedudukan sebagai editor dan penulis memberi kelebihan kepadanya mempromosikan buku jualannya di kedai kepada pelanggan.

Cinta, seorang anak kepada ahli perniagaan di Sungai Petani diragut pada satu hari. Keadaan mempertemukan Cinta dengan Rauf. Berbekalkan sedikit wang yang diberi pinjam oleh Rauf, Cinta dapat pulang ke rumah.

Kisah mereka berdua berlanjutan. Namun, suka dengan sikap sinis dan adakala kritis si Rauf apabila membicarakan sesuatu isu dengan Cinta mahupun dengan rakan-rakannya. Memang 'trademark' Imaen dalam setiap novel. Pasti ada isu yang dikupas dengan menarik dan bersahaja.

Saya tidak berniat mahu mengulas panjang buku ini. Ini sebuah buku yang saya boleh syorkan anda membacanya. Kisah cintanya tidak meleret. Masih berpijak di bumi nyata. Disulami isu politik, ekonomi, bangsa, perbincangan sastera vs novel popular dan konflik penyakit mental ;)

Buku ke-80 dibaca tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan