| Ahmad Ammar Engkau Milik-Nya Bismillahirrahmanirrahim. Buku ini menyingkap sisi keluarga arwah Ahmad Ammar terutama keperibadian ibu ayahnya serta cara pendidikan yang diberikan. Ternyata kedua-duanya memiliki wibawa selain positif dan tetap pendirian. Tawakkal kepada Allah tinggi. Malah ia boleh dilihat pada respon Ahmad Azzam tatkala ditanya mengenai kebuntuan ibu ayah kini menangani anak bermasalah. "Jangan ada sesaat pun kita bersangka buruk dengan Allah Taala. Mesti selalu bersangka baik. Orang boleh berubah sekelip mata. Orang bukan Islam pun boleh mendapat hidayah." Ya, membaca buku ini membuatkan saya teringat perbualan bersama ibu mertua yang berkongsi pengalaman mendidik anak. Ibu mertua berpesan bacalah selalu Surah Ali-Imran ayat 200 terutama ketika anak masuk tidur. Baca di telinga dan usap ubun-ubunnya. Baca dengan yakin semoga Allah memberkati. Bermakna sebagai ibu ayah, sentiasa berdoa kepada Allah, jangan putus asa dan berusaha sebaiknya dalam mendidik anak. Saya turut terkesan dengan sikap Pn Nor Azlina, ibu arwah Ahmad Ammar ini yang pandai menjaga diri dan hati selama tinggal bersama mertua. Bukan sebulan dua, tetapi sehingga 20 tahun. Subhanallah. Dengan kesibukan suaminya sebagai pendakwah yang menyebabkan suaminya kerap keluar meninggalkan keluarga, Pn Nor Azlina tetap teguh menguruskan keluarga dan mampu berdikari tanpa menyusahkan suami. Melihat kepada reaksi mereka ketika menerima berita pemergian satu-satunya anak lelaki menimbulkan rasa kagum dan terbit rasa hormat kerana mereka nampak tenang dan sangat redha atas takdir Allah. Bagi remaja, buku ini sangat bagus dalam memberi kesedaran dan suntikan motivasi kerana zaman ini kita sangat dahagakan ikon yang baik dan soleh. Di kala umum obses kepada teknologi dan gajet, keluarga ini tidak mengikat anak-anak daripada jauh daripada dunia tanpa sempadan tetapi tetap menyediakannya namun Ahmad Ammar bijak menggunakannya. Ia dapat dilihat daripada salah satu status yang dimuat naik ke laman sosialnya - "Jika mahukan hiburan, cukuplah dengan membaca Al-Quran." Masya Allah. Semoga Allah memberkati kita semua. |
Memaparkan catatan dengan label Bonda Nor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bonda Nor. Papar semua catatan
Ahad, 23 Ogos 2015
RakBuku2015 (42) Ahmad Ammar Engkau Miliknya
Label:
Ahmad Ammar,
Biografi,
Bonda Nor,
Galeri Ilmu,
Tokoh
Jumaat, 3 Julai 2015
RakBuku2015 (35) Sahaja Aku Jatuh Cinta
![]() |
| Sumber gambar : sini |
Buku ini saya beli bersama dengan 3 buah lagi buku Bonda Nor iaitu Kapur Kasut vs Kapur Tulis, Setelah Ammar Tinggalkan Kita dan Pujuklah Hati. (Wah, sudah jadi peminat Bonda Nor ini!).
Kulit buku Sahaja Aku Jatuh Cinta ini unik. Mengambil reka bentuk i-pad dan gambar belon panas di hadapannya. Buku ini adalah olahan fiksyen kisah hidup ibu bapa Allahyarham Ahmad Ammar. Sungguh pun tidak 100 peratus menyamai kisah mereka namun sedikit sebanyak ia membuka mata dan menggerakkan minda untuk berfikir dan bermuhasabah diri.
Hampir seluruh hidup si suami didedikasikan untuk masyarakat / ummah, sememangnya si isteri seorang yang cekal dan kental menghadapi cabaran. Tinggal bersama mertua berpuluh tahun, menguruskan rumah dan keluarga sepeninggalan suami, pandai menjaga diri dan mendidik anak-anak. Subhanallah.
Sirah yang disisipkan turut menjadi pemangkin semangat dan motivasi. Masya Allah. Semoga Allah mengganjarinya dengan kebaikan dan syurga, amin..
Isnin, 19 Januari 2015
RakBuku2015 (4) Saya Tunggu Awak
| Bismillahirrahmanirrahim. Hubungan antara pensyarah-pelajar yang berlainan jantina mampu mengundang terbitnya perasaan dalam jiwa. Cemas dan berdebar ketika membaca rentetan peristiwa di dalam Saya Tunggu Awak. Bukan mudah bermujahadah mempertahankan cinta dan setia kepada suami, mempertahankan maruah diri dan keluarga, memperkukuh benteng diri dari terjebak melakukan maksiat...semuanya mampu dielak apabila iman dan taqwa bertapak kukuh dalam diri. Subhanallah. Sudah lama saya tidak membaca novel. Sebenarnya melihat kepada tajuk, saya berfikir banyak kali sebelum membelinya. Ya, saya bias. Beli kerana promosinya begitu hebat ketika itu. Apatah lagi apabila melihat nama-nama besar memperkatakan buku ini ;) Terima kasih penulis, kisah realiti yang digarap begini menyedarkan dan memberi peringatan. Khususnya buat saya yang bekerja. Status sebagai isteri dan muslimah yang taat perintah Allah perlu dipelihara baik-baik. Moga Allah jauhkan fitnah dunia dan dijauhkan musibah. Allahu akbar. |
Label:
Bonda Nor,
Dakwah,
Fiksyen,
perkahwinan
Langgan:
Catatan (Atom)

