Isnin, 14 November 2016
Buku November
Sabtu, 16 Januari 2016
Jumaat, 15 Januari 2016
Bacaan Januari Part 1
2016
Lama saya tinggalkan blog ini tanpa catatan. Masih tetap membaca tetapi tidak membuat ulasan. Mungkin saya seolah-olah mengejar masa membaca buku dan mencatat di dalam jurnal sahaja. Lebih mudah begitu.
Tahun lepas (2015) saya mencatatkan bacaan 72 buah buku berbanding 80 buah pada 2014. Merosot. Ya, sebab saya banyak ralit dengan telefon pintar. Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. ^_^;
Insya Allah tahun ini mahu kurangkan masa dengan gajet dan lebihkan membaca. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dapat saya kongsikan insya Allah.
Tahun ini menggalas amanah mengajar kelas peperiksaan. Berdebar. Semoga dapat mengajar dengan baik dan Allah bukakan hati dan minda anak-anak istimewa ini menerima pelajaran. Amin.
Khamis, 15 Januari 2015
Misi Membaca 2014
Pencapaian peribadi 2014 = 80 buah buku dengan 78 ulasan. Saya tidak pergi secara terperinci analisis bacaan buku saya. Ada fiksyen dan bukan fiksyen, ada bahasa Inggeris ada bahasa Melayu. Ada genre kanak-kanak, dewasa, kekeluargaan dan beberapa lagi. Untuk 2015 tiada sasaran khusus, cuma mahu membaca lebih banyak buku :)
Dan mahu lebih rajin membuat "story sack" anak. Insya Allah. Moga tercapai 1 bulan 1 buku. Di dalamnya ada kit aktiviti berdasarkan cerita yang dipilih. Allahu akbar, moga dikurniakan idea dan masa untuk membuatnya.
Rabu, 1 Oktober 2014
Buku 58 : Manchester Aku Mai oleh Cakang
Saya tidak pernah membaca buku penulis. Meskipun pernah terlihat promosi buku ini oleh seorang junior (Fendi a.k.a Pelangi bin Awan di laman muka bukunya) namun tatkala melihat ulasan yang dibuat oleh Pn Nisah Haron di laman Goodreads begitu menarik saya membacanya.
Manchester Aku Mai menghimpunkan catatan ringkas kehidupan penulis selama tinggal di sana. Pemerhatian terhadap persekitarannya mencatatkan pengalaman buat tatapan pembaca.
Tulisan yang santai tetapi sangat mencuit hati. Ditambah dengan loghat utara sesekali menghiasi membuatkan pembaca tersenyum sendiri.
Buku ini nipis sekali. Harap ada sambungan lagi.
Selesai membaca MAM ini, cepat-cepat saya Google karyanya yang lain. Wah, ada dijual di Ujana Ilmu. Ok, masuk "wishlist" dahulu ;)
Selasa, 29 April 2014
Cuti
Cuti sakit hampir seminggu, hilang selera makan dan membuat kerja. Apabila kita sakit baru terasa nikmat sihat. Apabila sihat, lupa nikmat sakit. Eh, sakit pun nikmat? Ya, kerana kita lebih menginsafi kelemahan dan kelalaian kita semasa kita sihat ^^,
Terlepas beberapa aktiviti di sekolah. Antaranya rombongan ke PBAKL 2014. Tidak mengapalah, ada rakan guru sudi memikul tanggungjawab menggantikan saya sebagai ketua rombongan :)
Terlepas juga peluang bertemu rakan baik dari Sabah. Beliau datang seorang diri dari sana semata-mata membeli buku di PBAKL. Wah, kagum! Saya masih di dalam wad ketika itu.
Melihat kemeriahan PBAKL tahun ini sangat menarik sekali. Ada ruang rehat dan baca di tingkat 4 dan ada pelancaran buku Pengkarya Guru! Terlepas peluang lagi... Hee.. rezeki buat rakan guru tersebut :) Saya antara orang yang tidak menghantar kembali manuskrip ke pihak berkenaan. Ish3. .cepatlah berubah, wahai Aina Dayana! +_+;
Melihat promosi buku di FB rasa mahu pergi PBAKL tahun ini. Hi hi. . Tetapi tidak mahu cari pasal, tak mahu masuk wad lagi ^_^;
![]() |
| Ruang Rehat dan Membaca disediakan oleh Perbadanan Kota Buku. Sumber gambar : FB Kota Buku |
![]() |
| Antara buku baru ITBM ; Biring Sikunani bersama penulisnya. Ilustratornya ialah Puan Emila Yusof! Sumber gambar : FB ITBM |
![]() |
| Antara booth yang menarik perhatian saya (malangnya tahun ini tak dapat ke PBAKL). Sangat tertarik untuk dapatkan siri Dr Bubbles terbitan Buku Prima. Sumber gambar : FB Buku Prima |
Khamis, 27 Februari 2014
Rak Buku :)
Lama dibiarkan sepi tanpa sebarang reviu. Selepas buku Senipis Qithmir Kurma, tumpuan saya lebih kepada PdP dan kerja. Tambahan lagi kegiatan kokurikulum, kelas bimbingan UPSR, pelaksanaan PBS, mesyuarat, pemantauan nazir dan hal-hal lain sudah bermula.
Ya Allah, semoga Kau mudahkan urusan kami. Amin...
Sengaja lihat 'rak buku' di laman Goodreads. Ada pilihan 'cloud' di situ. Bermakna kita dapat lihat apakah genre buku yang terbanyak berada dalam rak kita. Menariknya, ia berwarna-warni.
+++
Banyak buku kategori 'children' :) Selepas berkahwin, minat membaca buku kanak-kanak dan awal remaja agak tinggi kerana ingin mengikuti perkembangan dan minat anak-anak kini. Memandangkan hampir setiap hari bergaul dengan anak-anak seawal usia 3 tahun ke 17 tahun menuntut rasa tanggungjawab memimpin dan membina pandangan hidup mereka ke arah yang positif. Insya Allah.
Semoga dapat berjumpa lagi. Wassalam :)
Rabu, 27 November 2013
Balut buku ^_^
Ahad, 4 Ogos 2013
Selasa, 1 Januari 2013
2013
Serius menulis (baca : berkarya). Oh, sungguh cemburu melihat rakan guru berjaya menghasilkan tulisan makalah, cerpen atau buku :)
Saya mencari buku ini namun belum ketemu lagi.
Semoga saya diberi kesempatan oleh Allah lagi berkongsi pengalaman membaca dan menulis reviu di sini. Barakallahufikum :)
Sabtu, 17 November 2012
Kemas kini (",)
Assalamualaikum warahmatullah..
Salam Maal Hijrah 1434 buat semua. Masya Allah cepat betul masa berlalu. Saya juga sudah hampir sebulan melahirkan anak kedua. Walaupun bersalin awal hampir 2 minggu tetapi bayi yang dilahirkan sihat itu sudah mencukupi. Sangat besar nikmat yang Allah beri ini. Alhamdulillah.
Bercuti dari buku? Mungkin tidak. Hehe.. Masih membaca juga. Sambil-sambil menyusu anak, mengepam susu atau melayan anak-anak sempatkan juga membaca buku Sirah Teragung Muhammad ini. Sangat tebal tetapi menarik dengan banyak gambar yang mengiringi penceritaan sirah Rasulullah SAW. Baru tiba muka surat 221.
Ahad, 1 Julai 2012
Hujung minggu
Tiba di perpustakaan jam menghampiri 10.30 pagi. Oh, nak simpan beg dalam loker berkunci dan caj komputer riba dikenakan bayaran. RM1 untuk loker berkunci dan RM1 bagi dua jam penggunaan suis.
Perpustakaan kanak-kanak ini memanjang. Di pintu masuk sebelah kanan ada kaunter peminjaman dan pemulangan buku tetapi tadi tiada petugas. Hanya menggunakan kaunter utama di pintu masuk perpustakaan. Tengah-tengah kawasan disambut dengan beberapa kerusi dan kotak buku, kerusi yang berbentuk kereta kartun dan ada kerusi lebar tempat membaca. Buku-buku tersusun pada rak-rak yang terletak di sebelah kanan. Ada banyak rak yang menempatkan kategori umum, koleksi Lincoln, Enid Blyton, Kesenian, Kebudayaan, Kesusasteraan, Jawi dan beberapa kategori lagi.
Keadaan perpustakaan kanak-kanak agak lengang. Seronok mereka memilih bahan-bahan. Hanya pada waktu tengahari sahaja perpustakaan mulai penuh dengan kanak-kanak dan ibu bapa masing-masing. Diam-diam saya memerhatikan, ramai ibu bapa Melayu, Cina dan India membawa anak berkunjung ke sini dan meminjam buku. Ramai juga membawa bayi dan anak kecil.
Malangnya adik-adik yang saya bawa ini tidak membawa kad pengenalan atau surat beranak. Saya pun terlupa mengingatkan.. Bagi menjadi ahli PERPUSTAM, kanak-kanak di bawah 12 tahun diminta memberikan 1 salinan kad pengenalan atau surat beranak. Oleh itu, terpaksalah mereka menaip bahan-bahan ke dalam komputer riba yang saya bawa.
Hampir 1 tengahari baru kami pulang. Semoga lawatan ke sini memberi manfaat yang tidak sedikit buat mereka dan saya.
Isnin, 9 Januari 2012
50 Buku Setahun (2011)
Goodreads.com ialah satu laman sosial untuk pencinta buku yang telah saya sertai sejak Ogos 2008. Awalnya saya berjinak-jinak dengan Shelfari.com tetapi kemudian meninggalkannya kerana fungsinya yang terlalu terhad bagi saya.Seronok berada di Goodreads. Tambahan lagi beberapa tahun kebelakangan ini muncul forum Goodreads Malaysia (GRMY) yang diketuai oleh barisan moderator yang "serius", kelakar dan sangat prihatin dengan bahasa serta dunia buku.
Dari sini juga saya mula mencambahkan lagi minat membaca dan peka terhadap perkembangan bahasa. Jika sebelum ini saya kurang mengambil berat isu singkatan bahasa di dalam SMS, tulisan dan sebagainya tetapi atas kesedaran yang timbul saya mula berhati-hati dalam menulis. Bahasa adalah jiwa bangsa!
Salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh GRMY ialah 50 Buku Setahun. Ahli-ahli boleh kemaskini senarai buku yang telah dibaca dalam setahun. Tidak ada paksaan untuk mencapai sasaran 50 buah buku tetapi ianya sebagai booster diri. Salah satu sebabnya saya kira ingin "melawan" statistik yang mengatakan rakyat Malaysia kurang membaca!
Sejak pertama kali dianjurkan pada (err...bila ya?) maaf, saya tak ingat.. rasanya 2009 (sila betulkan jika saya salah!) semakin tahun semakin ramai penyertaan ahli dan semakin banyak buku yang dibaca.
Contohnya cabaran 50 Buku Setahun tahun lalu (2011) :

Kak Aidura masih mengungguli carta beberapa tahun ini :) Tahun lalu dia berjaya menghabiskan bacaan 282 buah buku.
Aktiviti-aktiviti lain yang ada :
> Pertandingan mencipta logo baru GRMY
> Ganding Baca
> Bookswap
> Perjumpaan / reunion
> Buku Berimpak Maksima
dan lain-lain. Ramai juga penulis yang aktif di GR.
Jom sertai kami! :)
Khamis, 26 Ogos 2010
Asam Pedas Gula Melaka
Judul buku : Asam Pedas Gula Melaka
Penulis : Norbi Husin
Penerbit : Utusan Publications & Distributors (2005)
Harga : RM43.00
Bilangan muka surat : 588
Sumber : Beli di Popular Jaya Jusco Bandaraya Melaka
Tamat baca pada : 20 Ogos 2010
Sumber gambar : Ujana Ilmu
Buku setebal 588 muka surat ini merakamkan perjalanan seorang guru yang cukup komited dan dedikasi terhadap tugas yang dipikulnya. Kagum. Itulah antara pandangan pertama saya mengenai penulis. Buku ini terbahagi kepada 4 bahagian.
Bermula sebagai guru biasa kemudian dilantik menjadi pengetua sehinggalah dilantik berkhidmat di jabatan pelajaran, banyak pengalaman yang dikongsi bersama pembaca. Ada suka, ada duka. Ada pahit dan ada manis. Mungkin kerana itulah tajuk Asam Pedas Gula Melaka ini dipilih. Unik.
Saya terfikir-fikir akan kekuatan beliau dan nyata prinsip yang dipegangnya adalah jitu dan tegas. Tanpa mengenal jemu dan sentiasa melakukan yang terbaik adalah formula kejayaan yang selalu memacu visi dan misi beliau sepanjang perkhidmatan.
Saya banyak belajar dari pengalaman beliau. Nyata, jangan membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga. Harus sentiasa rajin dan berusaha sebaik mungkin apabila melakukan sesuatu. Komunikasi yang baik antara rakan sejawat serta seluruh warga sekolah secara umumnya perlu ada pada setiap orang.
Saya terkesan dengan salah satu kisahnya yang ingin menjadi guru jadual waktu. Pada masa dahulu penyusunan jadual waktu guru adalah menggunakan cip berwarna-warni. Disebabkan beliau belum pernah diberi tugas guru jadual waktu, beliau sangat ingin menjawat jawatan tersebut. Malangnya tidak diberi peluang oleh pengetua.
Apakah tindakan beliau? Saya tidak menyangka beliau akan menukar cip-cip tersebut (sewaktu ketiadaan GPK yang bertanggungjawab) dengan harapan akan berlaku pertindihan waktu mengajar guru-guru. Benar seperti yang dijangkakan, keesokan harinya ramai guru datang ke pejabat mengadu masalah yang dihadapi. Peninglah kepala GPK mendengarnya.
Beliau dengan sengaja lalu di pejabat dan menawarkan diri membantu menyelesaikan masalah tersebut. Wah, sukar juga untuk menyusun semula. Hal ini kerana beliau telah terlupa sebahagian 'pertukaran' yang telah dilakukannya sehari sebelum itu. Beliau mengambil masa selama 1 jam untuk menjadikan jadual waktu itu kembali seperti asal. Hasilnya, tahun berikut beliau dilantik memegang jawatan tersebut!
Wah, jarang sekali ada guru yang menawarkan diri secara sukarela untuk memegang jawatan kerana kerja sedia ada juga sudah banyak. Tetapi jika minat sudah ada apa yangdilakukan tidak akan rasa penat malah akan rasa puas dan seronok :) Saya juga berharap dapat menjadi seorang yang dedikasi terhadap tugas. Insya Allah.

















.jpg)



