Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Ahad, 10 April 2016

Bacaan April Bahagian 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Sehingga hari ini baru empat buah buku dibaca.

The Kite Runner - novel grafik.

Sumber gambar : Goodreads


Saya beli di Big Bad Wolf Sale di Melaka baru-baru ini. Sengaja beli sebab versi novelnya tidak dapat saya khatamkan. Malah, buku itu juga sudah dijual beberapa tahun lepas ;) Err... tak tahu mahu komen bagaimana. Walau pun saya agak terganggu dengan adegan Hassan dibuli oleh tiga orang remaja yang diketuai oleh Aseef. Sangatlah jahat! :(

Wanita Solehah oleh Hikmatul Islam.

Sumber gambar : MPHOnline


Comel sahaja buku ini. Tulisannya bukan berwarna hitam. Lain dari yang lain :) Tulisannya berwarna biru muda dan sesekali warna merah jambu. Sebenarnya tahu akan kewujudan buku ini melalui instagram beberapa waktu dahulu dan rezeki berjumpa buku ini di perpustakaan awam negeri awal bulan Mac.

Cara bagaimana menjadi wanita solehah. Diselangi kata hikmah, sirah, catatan kisah benar dan untaian puisi. Teringat Bonda Nor pula tatkala membaca buku ini :)

Bila Emak Berdrama oleh Salwa Saleh

Sumber gambar : deenprints


Ahha... sejak ekonomi kurang baik ini, saya sudah mula mencatu buku apa yang mahu dibeli dan buku apa yang boleh dipinjam sahaja. Jimat ^_^ Namun, buku ini termasuk dalam kategori "boleh beli". Ternyata berbaloi! Terima kasih Pn Salwa atas buku yang informatif ini!

Saya mengenali Pn Salwa melalui blognya semasa saya melahirkan anak sulung beberapa tahun lepas. Selalu singgah ke blognya. Sementelahan lagi beliau menjual Shaklee. Maka beberapa waktu juga merujuk kepada info yang ditulis olehnya.

Buku ini menceritakan pengalaman dan tip keibubapaan yang boleh diikuti. Terhibur dengan ilustrasi kartun yang menghiasi ruang-ruang antara bab :)

Damai - Tiga Ceritera oleh Saidatul Saffa, Noor Suraya dan Syud

Sumber gambar : Goodreads


Himpunan tiga novel mini dalam sebuah buku. Haih.. dalam novel semua nampak manis. Alahai... nama pun fiksyen kan ;) Kisah seorang pelajar sarjana yang membuat tesis di Turki dan bertemu jodoh dengan orang sana. Kisah seorang cucu yang baik dan mewarisi kepandaian memasak dari seorang toknya juga mengalami konflik perasaan namun berakhir dengan kisah yang manis. Dan kisah ketiga, kisah jatuh cinta dalam diam dari zaman matrikulasi membawa kepada alam pekerjaan.

Oh, semuanya tidak mudah. Bacalah buku ini ya :)


Ok... *pandang kiri kanan* buku apa nak baca selepas ni... >_<


Isnin, 22 Disember 2014

Buku 79 : Srikandi-Srikandi Yang Benar oleh Zahiruddin Zabidi


Bismillahirrahmanirrahim.

Srikandi-srikandi Yang Benar. Buku berkulit keras setebal 464 muka surat.
Himpunan kisah 3 tokoh wanita dalam lipatan sejarah Islam ; Aminah ibu Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam, Fatimah anakanda kesayangan Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam dan Rabiah Aladawiyah.
Sebagai bacaan 👍 tetapi untuk rujukan bukanlah satu pilihan kerana ianya adalah fiksyen.
Ini pertama kali membaca buku Tuan Zahiruddin. Mendamaikan. Seolah saya dapat mengalami peristiwa yang berlaku ke atas tokoh-tokoh wanita ini. Masya Allah. * Buku terakhir yang dapat diselesaikan sebelum pulangkan semula ke Perpustam

Selasa, 2 Disember 2014

Buku 74 : Kisah Saya Saudara Baru oleh Nuraisyah Chua Abdullah


Bismillahirrahmanirrahim.

Buku ini saya pinjam dari Perpustam, Melaka.

Membaca buku ini sememangnya membuka mata dan minda saya akan kesusahan yang dialami oleh  saudara baru apatah lagi Islam di Malaysia sinonim dengan orang Melayu. Penulis turut menyedarkan saya bahawa saudara sesama Islam patut membantu saudara baru memahami hukum-hakam yang perlu dipelajari kerana hampir semua yang dilalui adalah asing dengan cara hidup sebelum ini. Meskipun soalan yang remeh perlulah dijawab dengan baik dan berhemah.

Saya kagum dengan sikap positif beliau di saat rakan-rakan Islam tidak begitu mempedulikannya dan tanpa sedar menyinggung perasaannya. Hmm..Memang sukar jika berada dalam situasinya.

Sebelum itu ujian getir yang dihadapi apabila pengislaman beliau ditentang oleh ayah sendiri sehingga ayahnya jatuh sakit. Sehingga ayahnya menghembuskan nafas terakhir tetap tidak menerima pengislamannya. Tabahnya hati penulis.

Membaca buku ini pembaca dapat merasai pengalaman suka duka beliau dalam menghadapi ranjau ujian sebagai seorang Islam. Semoga penulis tabah dan dapat menyebarluaskan dakwah islamiah ke seluruh pelosok dunia :-)


++++++++++++++

Lembaran awal Kisah Saya Saudara Baru ini mengingatkan saya kepada seorang rakan saudara baru ketika menuntut di tahun pertama UTeM dahulu (sekitar tahun 2003-2004. Allahu. Tiba-tiba sebak mengingatkannya. Saya tidak mengenalinya secara rapat kerana jurusan berbeza. Dia mengambil bidang kejuruteraan manakala saya di bidang teknologi maklumat.

Dia berbangsa Cina dan memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga. Bahagia dan tenang kehidupannya. Namun, di penghujung semester 1, keluarganya tahu dan mengugut dengan pelbagai cara. Sehinggalah dia menghilangkan diri pada semester kedua dan tidak meneruskan pengajian. Sayang sekali kerana keputusan semester 1 nya amat memberangsangkan - tersenarai sebagai penerima Anugerah Dekan.

Kemudian kami semua hilang khabar beritanya. Ada yang mengatakan dia sudah kembali ke pangkuan keluarga dan ada yang mengatakan dia bekerja sebagai juruwang di pasaraya. Wallahualam. Semoga Allah memelihara dan memudahkan urusannya.

Jumaat, 8 Februari 2013

10 Tokoh Idola Muslimah ~

Sumber gambar : PTS
Sumber : http://www.stormreaders.net/ummukhaulah
Tamat baca : 5 Februari 2013

Memaparkan perjalanan hidup dan kisah yang boleh diambil iktibar daripada 10 orang muslimah terulung yang tercatat dalam sirah. Bonda Rasulullah, Aminah, Saidatina Khadijah, Aisyah, Siti Hajar, Siti Sarah, Fatimah Az-Zahra, Siti Zulaikha, Asma' bt Abu Bakar, Asiah isteri Firaun dan Siti Rahmah.

Setiap tokoh diberitakan kisah hidup diikuti dengan ulasan ringkas penulis dan seterusnya tazkirah ringkas berkisar kehidupan semasa, mengupas isu-isu tertentu dan nasihat bagi ingatan bersama.

Isnin, 13 Ogos 2012

Alahai Pengantin Baru...

Sumber gambar : di sini


Buku comel ini hasil tulisan Pn Jalilah Abdullah, bekas editor Majalah Anis keluaran Galeri Ilmu. Sungguhpun sudah diterbitkan sejak 2008, baru kini saya berkesempatan membaca dan memiliki buku ini.

Terbahagi kepada tujuh bahagian ; 1) Tentang Kasih Sayang 2) Tentang keibubapaan 3) Alam rumahtangga 4) Tentang kefahaman agama 5) Universiti kehidupan 6) Siraman rohani 7) Corat-coret selebriti.

Setiap satu cerita mencuit hati dan rasa. Mengajak para pembaca berfikir di sebalik mesej yang ingin disampaikan. Benar kata sesetengah orang, kehidupan juga adalah guru kepada kita.

Saya terkesan dengan salah satu cerita iaitu mengenai "Terima Kasih Cikgu". Dato' Dr Fadzilah Kamsah menurunkan satu petua bagi menambah keberkatan ilmu pada anak-anak kita. Sebelum guru keluar dari kelas, suruh anak-anak ucapkan "Terima kasih cikgu, minta halal segala ilmu yang telah cikgu berikan. Ampunkan kami cikgu, doakan kami, cikgu.". Masya Allah, ada seorang ibu ini menceritakan kepada anak-anaknya dan keesokan harinya setelah semua rakan selesai mengucapkan terima kasih, anak ini menyambung dengan kalimat yang disyorkan oleh Dato'. Terlopong cikgu itu ;) Alhamdulillah hubungan antara anak itu dengan guru juga bertambah erat.

Subhanallah, saya tidak terfikir untuk membuat seperti itu. Teringat peristiwa di sekolah baru-baru ini. Sekolah saya memohon untuk membuka kelas istimewa atau kami panggil kelas MD (Multiple Disabilities) memandangkan beberapa SKPK (sekolah kebangsaan pendidikan khas bermasalah pendengaran) yang lain telah berjaya membukanya di sekolah masing-masing.

Kami para guru mula mencadangkan beberapa nama yang dianggap layak memasuki kelas MD.. dan saya terkesan dengan kata-kata akhir oleh GPK 1 selepas menerima nama-nama tersebut. "Kadang-kadang kita tak guna satu lagi kuasa kita iaitu kuasa doa. Adakah kita para guru mendoakan anak murid kita? Kita mesti doakan anak-anak murid kita sebagaimana kita tak lupa mendoakan anak-anak kita. Insya Allah moga anak-anak ini terserlah juga potensinya."

Ahad, 5 Ogos 2012

Berdua Lebih Baik ~ Rohani Abdul Rahman

Berdua Lebih Baik istimewa pada saya. Kursus Pengkarya Guru 2012 menemukan saya dengan penulisnya. Lebih menarik lagi, saya dan Kak Ani satu kumpulan.

Ramai penulis di kalangan guru yang selama ini tidak saya ketahui. Bagusnya guru-guru ini yang sudah giat aktif berkarya dan menyumbang kepada pembangunan minda masyarakat :)





Buku ini lebih kepada perkongsian pengalaman hidup dan motivasi diri. Bagaimana mencari jodoh yang baik dan terlebih utama bagaimana menanam keyakinan dan prasangka yang baik kepada Allah dalam soal jodoh, menjadikan diri lebih baik dan bersedia mencari dan menerima jodoh yang ditentukan.

Bagi yang belum berkahwin sudah pasti tertanya-tanya dan 'takut' memikirkan siapakah bakal pasangan hidup, adakah kita akan serasi bersama dan 1001 persoalan lagi.

Penulis menekankan nawaitu seseorang dalam usaha mencari jodoh. Tidak lupakan doa, solat dan usaha mencari yang terbaik bermula dengan diri sendiri. Saya tertarik dengan kata-kata Ibnu 'Ataillah yang dipetik oleh penulis. Ibnu 'Ataillah dalam kitab Al-Hikam mengatakan "Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, ketahuilah sesungguhnya Allah hendak memberimu." Subhanallah, Allah sangat suka kita meminta kepada-Nya.

Secara keseluruhannya buku ini baik untuk permulaan bagi sesiapa yang masih mencari pasangan hidup. Saya kira penulis boleh menyertakan doa kepada pengantin di dalam bab 13 di mana beliau menyentuh mengenai perkahwinan. Boleh dikira nilai tambah di dalam buku ini. Wallahualam.

Khamis, 12 Julai 2012

Batu Bata Kehidupan ~ Hilal Asyraf

Terkesan dengan artikel mengenai sahabat. Jika kita takut ingin menegur rakan yang berbuat salah atas alasan takut dia berkecil hati bermakna kita masih lagi tidak membina jambatan hati dengannya. Ya Allah, besar juga amanah di dalam persahabatan ini.. Jangan dipandang remeh. Saya merenung diri, sejauh mana saya sudah berbuat sehabis baik dengan sahabat baik, adakah saya selalu mendoakannya, adakah saya 'bercinta' dengannya,,, banyak lagi ruang kosong yang tidak saya isi. Waktu senang memang riang bersama, tetapi jika rakan tersilap sedikit saya mengakui agak lambat menegur atau mungkin hanya menegur di dalam hati! Astaghfirullah.. saya perlu baiki diri!



Terima kasih Khairun kerana bagi pinjam buku ini. Masih berbekas di hati tulisan-tulisan di dalam ini..

Khamis, 26 Januari 2012

Cerita Kak Wan


Kisah hidup Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disampaikan dalam bentuk yang santai, ringkas tetapi padat. Mengandungi hanya 32 muka surat. Sempat memuatkan mengenai beliau dari kecil sehingga berjaya menerima anugerah pingat emas kerana menjadi pelajar terbaik fakulti perubatan di Dublin, Ireland, berkahwin dengan DSAI, peristiwa penangkapan DSAI dan lain-lain..

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu


Sangat tertarik dengan hadis ini. Masya Allah sudah bertahun-tahun hidup baru ini saya temui hadis ini. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulillah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Wasiatkan sentiasa kebaikan kepada para wanita, kerana mereka diciptakann daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok daripada jalinan tulang rusuk ialah tulang rusuk bahagian atas. Sekiranya kalian memaksa diri bagi meluruskannya, tulang itu pasti patah.

Tetapi sekiranya kalian mendiamkannya sahaja, tulang itu akan tetap bengkok. Oleh itu, wasiatkanlah kebaikan kepada para wanita." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Selasa, 15 November 2011

Manajemen Istri Shalihah


Ternampak sahaja judul buku ini terus saya ambil tanpa ragu. Waktu itu berjalan-jalan di Giant Kajang. Sementara menunggu ahli keluarga yang lain membeli barang saya melangkah ke Humaira Bookstore.

Seperti biasa buku yang baru saya beli saya akan 'perap' dahulu beberapa lama. Paling sekejap mungkin seminggu barulah saya baca. Entah kenapa ya, sudah jadi tabiat.

Saya baru habiskan buku Super Wife, Super Mom, Super Women. Maka saya jangkakan buku ini seperti buku Super kerana bagi saya isinya biasa-biasa sahaja. Ternyata jangkaan saya meleset.

Saya terpegun melihat ada kelainan dalam buku ini berbanding buku-buku kekeluargaan dan wanita yang dibaca sebelum ini. Bagi saya yang sangat lemah dan tidak sempurna ini, buku ini memberi kesedaran secara langsung kepada saya akan 'kaedah' atau manajemen bagaimana menjadi isteri yang solehah.

Setiap bab mengupas satu isu dan dipecahkan kepada tiga subtopik kecil iaitu dari sudut Imaniyyat, Sulukiyyat dan Dakwah. Di sini saya sertakan contoh kandungan di dalam buku tetapi saya "quote" dari blogger dari Indonesia (bungafirdaus) :

1.Kebersihan dan Keindahan Rumah Kita


Aspek Imaniyyat

Rumahmu adalah sumber kedamaian, cinta kasih dan sumber tumbuhnya nilai-nilai rabbaniyah. Ia adalah tempat tumbuh dan dibesarkannya anak-anakmu. Betapa rumahmu sangat merindukan sentuhan lembut tanganmu untuk dibersihkan, diatur dan diperindah. Betapa ia sangat mengharapkan uluran terampil arsitektur tanganmu sebagaimana seekor arsitek lebah yang menata tempat tinggalnya dengan baik. Hingga rumahmu akan menjadi tempat yang senantiasa dirindukan dan membuat nyaman setiap orang



“Kebersihan cermin keimanan”




Aspek Sulukiyyat



Kerapian dan kebersihan dapat diwujudkan jika engkau konsisten memberikan perhatian yang serius kepadanya. Sifat seperti ini sangat dicintai oleh Allah SWT. Ia akan menjadikan waktu kita lebih berharga, bisa merenggangkan otot-otot yang tegang, membuat damai seluruh anggota keluarga dan suami. Maka biasakanlah meletakkan sesuatu pada tempatnya, setelah engkau cuci atau bersihkan




Aspek Dakwah


Rumahmu yang bersih , teratur dan mempesona akan membuat nyaman semua anggota keluarga, teman-teman dan para tamu. Mereka akan tersenyum dan bahagia. Dan hampir-hampir saja setiap mereka menagangankan seandainya rumah mereka seperti rumahmu dalam hal keindahan, tata ruang dan semua orang yang tinggal didalamnya. Ini merupakan ajakan dan dakwah kepada orang lain untuk mengenal islam, ajaran dan aplikasinya.




2. Mempersiapkan Makan Keluarga



Aspek Imaniyyat


Usahakanlah untuk menyiapkan menu makanan bagi keluargamu sebaik mungkin, demi melayani hamba-hamba yang shaleh yaitu suami, anak-anakmu dan semua orang yang ikut mencicipi makanan yang engkau masak. Dengan demikian, engkau akan ikut mengecap pahala yang Allah berikan kepada mereka, yang dalam hal ini sebenarnya engkau ikut membantu amal perbuatan mereka.



Aspek Sulukiyyat


Usahakanlah selalu sabar dalam memasak, sehingga sifat tersebut benar-benar melekat dalam jiwamu. Dan jadikanlah sifat sabarmu sebagai aplikasi ibadahmu kepada Allah di tengah-tengah mempersiapkan masakan untuk keluargamu, tanpa rasa bosan, jenuh, dan menggerutu. Justru sebaiknya engkau merasa telah terampil dan professional dalam hal memasak dan berusaha untuk selalu menghidangkan menu yang baru. Baik baru dilihat dari macam makanannya, warnanya atau cara memasaknya.



Aspek Dakwah


Hadirkanlah dalam benak pikiranmu ketika masakanmu telah matang, betapa Allah telah menganugerahkan nikmat kepadamu untuk menyelesaikan tugasmu dengan baik, kemudian pujilah Allah SWT, serta ingatlah bahwa di sana masih banyak rumah yang tidak mengepul dapurnya seperti dapurmu. Alangkah indahnya jika kita biasakan untuk selalu mengingat nasib fakir miskin, anak yatim dan orang-orang yang membutuhkan, yang ada di sekitar lingkungan kita. Atau sebagian negeri islam yang sedang dilanda bencana. Sebagai kepedulian kita dan usaha kita membantu mereka, maka sisakanlah sedikit dari jatah makanan kita untuk mereka




3. Mencuci dan Menyetrika Pakaian



Aspek Imaniyyat


Ibadah sholat membutuhkan kebersihan badan dan tempat. Engkau yang bertugas memebersihkan pakaian dan tempat tersebut. Sungguh amat banyak pahala yang akan engkau peroleh dan betapa melimpahnya investasi timbangan amal kebaikanmu di hari kiamat nanti, dikarenakan semua anggota keluargamu melakukan shalat dengan memakai pakaian yang engkau cuci dan memakai tempat yang engkau bersihkan



Menyetrika pakaian dengan setrika setelah melewati proses pencucian, hendaknya mampu membuatmu teringat betapa hati akan menyerap sifat-sifat baik setelah dibersihkan dari dosa-dosa dan maksiat. Maka, lakukanlah selalu aktvitas itu dan mohonlah pertolongan kepada Allah, sebab hati adalah objek yang selalu dilihat oleh Allah SWT.



Aspek Sulukiyyat


Ketika engkau meletakkan cucian dan merapikannya di atas jemuran, hendaknya engkau berhati-hati untuk meletakkan pakaian dalam keluarga menghadap ke dalam dengan tidak menampakkannya keluar.


Biasakanlah untuk mendahulukan mencuci pakaian, apapun kondisinya sehingga pakaian kotor tidak akan menumpuk. Sebab dikhawatirkan cuaca akan terus berubah-ubah, atau keadaan dan situasimu juga akan berlainan. Maka, jangan sampai engkau tunda untuk menyelesaikan pekerjaanmu hingga esok hari



Aspek Dakwah


Pakaian yang bersih dan disetrika akan menambah anak-anak dan suamimu semakin terhormat dan akan percaya diri ketika berinteraksi dengan orang lain tanpa ada rasa bersalah. Penampilan itu juga bisa menumbuhkan rasa harga diri, percaya diri dan melahirkan kepribadian yang kuat.




4. Mendidik Anak-anak



Aspek Imaniyyat


Niatkanlah dengan tulus agar anakmu menjadi hamba Allah yang shaleh dan bermanfaat untuk orang lain. Minta tolonglah kepada Allah agar cita-citamu terwujud. Dan selalulah engkau lekatkan cita-cita mulia itu dalam benak pikiranmu. Ikutilah jejak istri Imran ‘alaihassalam yang menadzarkan apa yang ada dalam perutnya kepada ALLAH SWT. Sebagai wujud cita-citanya yang mulia itu , maka lahirlah Maryam, kemudian terlahirlah setelahnya Isa as. Ketahuilah sesungguhnya shalehnya perilaku anakmu dalam agama, manfaatnya akan kembali kepadamu di dunia dan akhirat.



Aspek Sulukiyyat


Kemampuan menanggung beban, kesabaran, pengorbanan, kelemahlembutan, kasih sayang, kecintaan, perhatian, perawatan, rasa amanah, penuh tanggung jawab, semua adalah sifat-sifat yang terpuji yang sangat dibutuhkan seorang ibu dalam mendidik anaknya.


Bersikap baik kepada orang lain, mampu menahan marah dan mengendalikannya, bersabar, lemah lembut pada saat-saat yang mengundang amarah, semua bisa terlahir karena kita mampu memetik pengalaman di sela-sela interaksi kita dengan anak-anak, pada setiap fase umur yang mereka lewati.



Aspek Dakwah


Ajarilah anak-anakmu untuk membagi cintanya kepada manusia, cinta berbuat baik kepada mereka dan cinta mengembangkan sifat-sifat mulia tersebut pada jiwa mereka sehingga mereka mau melakukan ajakan kebaikan tersebut kepada mereka.



Selalu juga saya berfikir dan berperang dengan perasaan sendiri "Sukarnya menjadi isteri dan ibu berkerjaya ini". Saya keluar bekerja, anak dihantar kepada pengasuh, urusan rumah tangga seringkali terganggu dengan kepenatan dan kerja. Ya, saya tidak nafikan ada isteri atau ibu yang mampu melakukan kerja mereka dengan sempurna dan saya sangat kagum dengan ibu sebegini. Jika mereka boleh, saya juga harus boleh. Saya sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik setiap hari.

Seringkali juga saya berfikir untuk berhenti kerja tetapi... ya, ada tetapi lagi.. Ada banyak lagi alasan yang tidak dapat dielakkan maka saya teruskan juga apa yang saya lakukan sekarang.

Kini, timbul pula arahan supaya guru bekerja seperti 'office hour'. Oh..oh...hanya 4 buah negeri terlibat bagi projek rintis ini dan aduh..sekolah saya terlibat juga! Kenapa ya sekolah kebangsaan pendidikan khas juga turut dipilih? Hmm..

Opss..dari hanya mahu reviu buku terus pergi ke luah perasaan. Maaf! :) Sampai di sini sahaja dahulu.

p/s : Buat rakan-rakan yang baru melangsungkan perkahwinan (Nurul Huda Ghani, Welma La'anda, Nurul Salwana, Noor Amiroh & Fariz) BARAKALLAHULAKA WABARAKA 'ALAIKA WAJAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR. Mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan kalian kerana ada sedikit halangan. Selamat melangkah ke dunia baru dan jadilah isteri yang solehah dan menjadi penyejuk mata suami :)