Bismillahirrahmanirrahim.
Disebabkan buku ini bersiri dan ada kesinambungan maka saya gabungkan sahaja ulasannya.
Seperti 2 buah buku sebelum ini, saya bersemangat memulakan pembacaan. Saya menjangkakan ada lagi unsur kejutan dan 'seram' di dalamnya namun sehingga ke titik akhir buku ketiga, saya tidak menemukan apa yang dicari. Walaupun begitu, peristiwa yang berlaku memang agak mendebarkan. Ada "twist" di dalam cerita ini. Menarik.
Fasha diculik ketika majlis perkahwinannya hampir tiba, Linda dengan deria keenam dan pendedahan dalang Syarikat Impiana. Sungguhpun keenam-enam dalang itu berjaya dihukum tetapi sebenarnya bagaikan ada satu kuasa besar lagi di belakangnya. Bilakah misteri ini akan terungkai?
Kejutan dengan Mimi Monira yang selama ini dianggap begitu jahat oleh semua orang rupa-rupanya berhati mulia. Ada sebab di sebalik semua tindakannya itu. Dia tersepit antara kemahuannya dan keperluannya melindungi orang yang tersayang. Fasha yang memberi pencerahan kepada semua atas apa yang berlaku.
Penulis menghuraikan kisah hampir setiap watak yang ada namun banyak kisahnya tergantung dan terpulang kepada pembaca membuat kesimpulan sendiri. Huwaaa..rasa tidak puas hati juga tetapi mungkin juga Ain Maisarah akan menyambung cerita ini pada masa hadapan. Siapa tahu :)
Memaparkan catatan dengan label Ain Maisarah. Papar semua catatan

Isnin, 8 September 2014
Selasa, 27 Mei 2014
Buku 21 : Impiana 2 oleh Ain Maisarah
| Aish. . Sudah dua kali tamatkan bacaan dua novel Impiana pada waktu tengah malam. Seram pula rasanya. Err. .. ulasannya menyusul kemudian.. :) +++ Bismillahirrahmanirrahim. Buku ini adalah siri kedua dalam siri Impiana (Saya baca versi edisi kemas kini). Penulis bijak mengadun cerita. Jika terlepas membaca siri 1 masih dapat mengetahui apa yang telah berlaku sebelum ini. Kali ini watak Amir, abang kepada Ina (sahabat baik Farah) banyak mendominasi tempat. Tanpa disangka, Fasha pulang dari London bertemu semua rakan The Wannabes dan beberapa rakan rapat. Pertemuan semula di rumah Fasha rupanya ingin membincangkan mengenai dendam Mimi Monira Badak Air yang telah mengena 5 orang daripada mereka. Kali ini Pai'e pula tertunai impiannya menjadi lebih popular daripada Mawi. Apa yang paling mengejutkan sebenarnya Fasha telah berubah imej dengan menutup aurat :) Siapa sangka ya, ketua The Wannabes yang sombong dan berlagak itu sudah berubah. Hmm..demi menyelamatkan Fahrin daripada ditahan sebagai pesakit mental selama - lamanya dan menahan Pai'e lebih popular dari Mawi, Fasha mendaftar dua impian dengan Syarikat Impiana. Kali ini Amir rela membantu. Dalam diam, Amir ialah seorang pegawai perisikan yang telah lama menyiasat operasi Syarikat Impiana. Nama pun bersiri. ...saspens belum berakhir lagi. Huwaa... Moralnya kita seharusnya berbuat baik dengan semua orang tidak kira rupa paras, pangkat dan kejayaan. Doa orang yang di zaimi makbul. Namun dendam yang di simpan sebenarnya lebih memakan diri. Cukuplah kita bersyukur dengan apa yang ada kerana bersikap berlebih-lebihan boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Wallahualam. |
Selasa, 29 April 2014
Buku 18 : Impiana oleh Ain Maisarah
Bismillahirrahmanirrahim.
Saya diberitahu novel ini merupakan novel dewasa dan berbeza dengan novel remaja lain yang ditulis oleh Ain Maisarah. Lama berada dalam simpanan kerana saya tiada buku sambungannya iaitu Impiana 2, Impiana 3 dan Impiana Finale.
Ternyata berbeza walaupun menggunakan watak yang sama.
Cerita bermula dengan pertemuan semula alumni SMK Seri Bangsar selepas 10 tahun meninggalkan alam persekolahan.
Sesi perkenalan ringkas menemukan mereka dengan pelbagai cerita kehidupan masing - masing. Paling menarik apabila rakan mereka, Mini Monira Badak Air yang dahulunya pelajar paling gemuk di sekolah kini tampil anggun dengan sekitar 45kg dan bekerja sebagai pramugari.
Kejayaannya menurunkan berat badan menggunakan khidmat Syarikat Impiana menjentik rasa mahu mencuba pada diri Shasha. Dia yang dahulunya sangat popular sebagai pelajar yang paling cantik dan anggun, kini tidak lagi dengan berat 97kg dan kuat makan.
Shasha menjadi orang pertama mendaftar dengan Syarikat Impiana ini selepas pertemuan malam itu. "Tagline" syarikat - Segala impian anda akan tercapai. .. Walau dengan apa cara sekalipun! Kami mampu merealisasikannya! berjaya menarik minatnya dan impiannya untuk kembali kepada berat badan 50kg dalam masa 3 bulan diharap tercapai.
Kemudian diikuti dengan Nana, Linda, Fahrin dan Pai'e. Masing - masing dengan impian mereka yang mahu dicapai dalam masa 3 bulan.
Tanpa sedar mereka semua termasuk ke dalam perangkap permainan yang kejam dan dahsyat hasil percaturan Syarikat Impiana.
Misalnya Shasha mendapat tiket percutian ke Bali selama sebulan dan mendapat rawatan kecantikan dan spa di sana. Ketika di dalam penerbangan, dia berbual dengan teman sepenerbangannya bernama Fadzly sehinggalah ketika turun di lapangan terbang, Shasha ditahan kerana disyaki membawa senjata berbahaya dan bahan terlarang.
Shasha ditahan selama sebulan di penjara dan terpaksa melakukan aktiviti rutin banduan seperti berkebun dan terpaksa memakan hidangan penjara yang tidak sedap. Selepas sebulan barulah Shasha berjaya pulang ke Malaysia. Itu pun kerana dijemput oleh ibunya yang dihubungi oleh pihak syarikat.
Banyak kejadian pelik dan kejam yang berlaku dalam masa 3 bulan dan adakalanya sangat mengancam nyawa dan keselamatan kaum keluarga Shasha.
Kejadian yang sama berlaku kepada rakan-rakan mereka yang lain dan perkara ini cepat disedari oleh Shasha dan bertindak untuk menghalang dan menyelamatkan rakan-rakannya. Mereka menemui Mimi Monira dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ini adalah balasan dendam Mimi kepada mereka semua yang pernah membulinya dengan teruk 10 tahun dahulu.
Debaran semakin terasa. Namun kisah seterusnya bersambung dalam novel berikut ^_^;
Moralnya, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Jika mahukan perubahan perlulah mengikut kemampuan diri dan tidak bertindak melampaui batas. Mahu buat sesuatu perlu dengan ilmu, akal fikiran yang waras dan perlu berada di atas landasan agama.
Wallahualam.

Khamis, 28 November 2013
Projek Fesyen Ain Maisarah
Mengisahkan Nur Haness yang begitu meminati Ain Maisarah dan sentiasa melayari blognya setiap hari.
Kebetulan sekolahnya mengadakan hari kesenian Islam dan semua pelajar perlu berubah dari negatif kepada positif. Satu perkara yang sukar bagi Nur Haness kerana ibunya tidak membenarkannya bertudung.
Ada sisi positif dalam cerita ini. Bagaimana seseorang yang terkenal berpengaruh dalam kehidupan seseorang peminatnya. Hihi. Jika positif contohnya maka yang mengikutinya juga akan positif. Begitu juga sebaliknya.
Kedua, bukan mudah membuat perubahan diri dalam masa yang singkat. Tambahan lagi apabila ibu bapa menghalang niat untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Lihat bagaimana si anak menghadapi situasi itu.
Ketiga, sangat buruk apabila seseorang itu sangat obses dengan fesyen. Apatah lagi jika jauh menyimpang dari syariat. Jadi, janganlah jadi hamba fesyen ya.
Wallahualam
Label:
Ain Maisarah,
Aurat,
fesyen,
Remaja
Sabtu, 23 November 2013
Mudahnya Mengemas Rumah
Bismillah walhamdulillah.
- Penulis mendapat inspirasi menulis daripada ibunya dan maklum balas pembaca melalui blognya iaitu mengemasrumah.blogspot.com
- Mudah dan praktikal.
- Banyak petua dan teknik membersih dan mengemas diberi. Paling disukai apabila adanya petua menghilangkan dakwat pada baju
- Nampaknya cuka merupakan salah satu agen pembersih paling berkesan kerana kerap disebut oleh penulis
- Hampir semua langkah demi langkah ditunjukkan bersama gambar. Lebih memudahkan pembaca mengikuti dan mengaplikasikan apa yang diajar
- Bermula dengan kekemasan di bilik tidur sehinggalah pencucian bilik air. Antara lain ialah mengemas ruangan dapur, ruang tamu, membersihkan dinding, sawang dan halaman rumah.

Selasa, 19 November 2013
Aku Mahu Superbibik ~ Ain Maisarah
Seperti ada dua kisah di dalam satu buku. Dan tidak nampak ada hubungan di antara keduanya melainkan isu yang sama iaitu kisah pembantu rumah atau bibik.
Seorang mahukan bibik ketiga kerana tidak mahu kalah dengan rakan baik yang mempunyai tiga orang bibik. Seorang lagi mahu menggantikan bibik lama yang dipecat kerana menipu. Proses mencari bibik dilakukan seperti memilih pemenang dalam program realiti TV.
Walau apa pun pekerjaan seseorang itu kita wajar menghormatinya apatah lagi jika usianya lebih tua daripada kita.

Izanor Sharif,
Remaja
Langgan:
Catatan (Atom)