Memaparkan catatan dengan label Sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sains. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2012

Super Haidama! ~ Qisha Nur'ain


Sumber gambar : Iqramall.com 

Buat kesekian kalinya saya tertarik untuk membaca buku ini kerana kulit hadapan buku dan sinopsis cerita. Buku ini masih baru di pasaran. Jika tidak silap keluaran Julai 2012. Novel ini adalah novel awal remaja yang berkonsepkan sains. Saya sentiasa mencari buku yang bertemakan sains dan ingin melihat bagaimana fakta sains itu disulam dengan cerita fiksyen :)

Alhamdulillah memang sangat menarik buat saya. Saya kira penulis ini baru pertama kali menerbitkan buku namun saya berpuas hati dengan cerita dan penggunaan bahasa di dalamnya.

Haidama merupakan singkatan daripada nama 3 sahabat yang bertungkus-lumus menyiapkan satu projek reka cipta yang akan mereka sertai pada tahun itu. Haikal, Damia dan Malik. Banyak cabaran yang dihadapi termasuklah pencerobohan orang misteri ke bengkel mereka, merosakkan peralatan projek dan diintip pergerakan.

Dalam masa yang sama juga tanpa disedari Damia dan adiknya berada dalam keadaan bahaya. Berikutan kes yang dikendalikan oleh bapa mereka di mahkamah, ada pihak yang ingin mengugut bapanya dengan menculik Damia dan adik. Namun tindakan itu tidak berjaya malah dapat ditangkis dengan kerjasama Haikal dan Malik.

Saya tertarik dengan fakta - perut berbunyi bukan kerana kita lapar! Tetapi berlaku pengecutan di otot selepas beberapa jam kita tidak makan. Ia berlaku ketika proses penghadaman berlaku. Maka, selepas ini jika perut berbunyi tak perlulah tergesa-gesa mencari makanan ya! :)

~~~~~~~~~~~

Sewaktu Google imej gambar buku ini, terjumpa blog penulis --> http://misschubbycheek.blogspot.com/2012/08/novel-sulung-cik-chubby-dah-terbit-dan.html (",)

Selamat membaca.

Selasa, 3 April 2012

Siri Komik Sains ITNM


Yeay! Buku baru sampai ke perpustakaan sekolah semalam. Satu kotak buku dari ITNM. Walaupun saya bukan guru perpustakaan tetapi sangat teruja dengan ketibaan buku baru. Hee.. Maklumlah sudah lama tidak membeli buku. Perlu tunggu PBAKL 2012 nanti.

Antara yang saya baca semalam ialah Siri Komik ini. Rantaian Makanan. Bagus juga. Ada lagi satu sumber P&P Sains untuk murid-murid. Menarik. Banyak fakta yang baru saya tahu. Siri Komik Sains ITNM ada 14 buah.

FAKTA MENARIK :

A. Haiwan terbesar yang dipercayai wujud di dunia bernama Argentinasaurus berukuran 123 kaki tinggi dan berat lebih 100 tan. Ia makan tumbuhan yang banyak termasuk pokok malar hijau! (m/s 9)

B. Jangan tidak disangka, kumbang kura-kura yang kecil itu ialah haiwan karnivor! Ia makan afid, serangga dan tungau. (m/s 11)

C. Keadaan mulut haiwan menentukan cara makannya. Kebanyakan ikan paus ada gigi yang kuat untuk makan ikan besar dan anjing laut tetapi ikan paus biru tidak mempunyai gigi.

D. Sesetengah haiwan hanya makan sejenis makanan sahaja. Contohnya koala yang makan daun pokok kayu putih. Jika pupus pokok ini, koala akan mati kerana tiada alternatif makanan lain.


* Sumber gambar buku : ITNM
* Sumber gambar koala : acuteaday.com

Rabu, 21 September 2011

The Wind Blows (I Wonder Why Series)



Saya suka baca buku-buku dalam siri ini. Pertama kali jumpa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun 2008. Kemudian baru-baru ini di Karnival Pendidikan Melaka di MITC (sempat dipromosi oleh pekerja mereka. Mahal sangat. Beribu! Huhu..saya tak mampu). Dan eh, ada di perpustakaan sekolah rupanya! Alhamdulillah. Boleh jimat sedikit. Hehe.. Saya tak tahu nak buat ulasan bagaimana jadi saya letakkan poin-poin menarik (bagi saya) yang saya kutip dari buku ini :

# Birds can't fly ~ Emu, Rhea andOstrich



# Himalaya means "home of the snow".

# The highest mountains in each continent :


# Scientist who study earthquacke is called seismologist.

# People who like to explore the secret world of underground tunnels and caves is called patholers.

# The longest river in the world : Nile River (6679m).

# The shortest river in the world : D River (37m).

# To find out how far away a storm is count the number of seconds between the lightning and the thunder. the storm is 1 KM away for every seconds you count.



Tapi kan saya terfikir juga ya, semua fakta ini dibentangkan dari Barat. Kebanyakan kajian yang saya baca datangnya juga dari Barat. Semalam ada seorang rakan memberitahu rupa-rupanya buah tembikai adalah makanan sunnah dan sesiapa yang memberi makan buah tembikai kepada orang lain akan mendapat pahala. Oh, saya tidak tahu mengenai hadis ini. Aduh, begitu ceteknya ilmu saya. (Saya mahu cari sumber hadis ini untuk memastikannya.) Kata rakan saya ini lagi, selama ini kita dihidangkan dengan fakta dan 'mind-set' bahawa tembikai ini banyak keburukannya seperti 'panas dalam', boleh menyebabkan batuk dan sebagainya tetapi rupanya banyak khasiat yang memberi manfaat kepada kita. Misalnya membersihkan gigi dan membantu penhadaman perut. Wallahualam.