Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Julai 2014
Ahad, 8 Jun 2014
Buku 24 : Bersamamu Di Firdaus oleh Muhd Kamil Ibrahim
Bismillahirrahmanirrahim.
Kematian itu pasti. Setiap orang pasti melaluinya. Semua orang ingin ke syurga dan tiada yang mahu ke neraka. Hakikatnya, ia perlu dirancang. Namun manusia tidak semua peka dengan perkara ini.
Usia kita semakin hari semakin bertambah. Dan saat kematian itu semakin hampir malah lebih dekat daripada masa yang telah dilalui.
Selama kita hidup,hanya ada 3 perkara yang akan dibawa selepas mati.
"Apabila seseorang mati,putuslah amalannya kecuali 3 perkara, (iaitu) : sedekah jariah,ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak soleh (solehah) yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim hadis nombor 1631)
Allah ya Allah.
Kebetulan sahaja membaca buku ini ketika usia menginjak ke angka 30-an. Tarikh hari lahir kini tidak lagi bermakna dengan kejutan dan kemeriahan sambutan namun disambut dengan rasa keinsafan dan rasa takut. Ya, terasa bagai kematian semakin menghampiri namun amalan yang ingin dibawa terasa amat sedikit. Allah ya Allah.
Jazakallahu khaira penulis atas perkongsian muhasabah ini. Menjentik rasa, membuka minda dan hati bagi memikirkan kebesaran dan peringatan Allah. Dunia ini hanyalah persinggahan, waktu yang sangat singkat berbanding kehidupan selepas mati.
Wallahualam.

Label:
Galeri Ilmu,
Muhd Kamil Ibrahim,
Tazkirah
Sabtu, 8 Februari 2014
Buku 5 : Senyumlah 2 oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.
Cetusan tazkirah dan motivasi dari yang berbahagia penulis sangat menyegarkan. Benarlah kata-kata dalam bab pendahuluan mengatakan tulisan-tulisan ini menonjolkan ketinggian ilmu mantik beliau. Subhanallah.
Senyumlah 2 (Wahai Anakku Hadiah daripada ayah dan bonda) terdiri daripada 3 bahagian dengan 70 buah cerita.
Kata-katanya terus ke hati :) Analogi yang digunakan mudah tetapi dekat dengan kehidupan kita.
Banyak kata-kata menarik untuk ingatan bersama. Antara yang disukai ialah :
Banyak manfaat yang diperolehi dari buku ini. Insya Allah.

Wahai anakku, setiap manusia membawa amalannya di hadapan Allah. Para syuhada' akan gembira dengan darah syuhada' mereka. Para dermawan akan gembira dengan dermanya, para pejuang akan gembira dengan perjuangannya, para abid akan turut gembira dengan amalan ibadahnya. Wahai anakku, apakah yang akan menggembirakan kamu di hadapan Tuhanmu?
Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur. Bersamalah dalam majlis ilmu, engkau akan mendapat suluhan cahaya petunjuk, bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu, berkawanlah dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya. Doalah kebaikan seseorang yang membencimu, nescaya kamu mengecewakan syaitan yang ingin merosakkan pergaulanmu.
Banyak manfaat yang diperolehi dari buku ini. Insya Allah.
Label:
Motivasi,
Tazkirah,
Tuan Ibrahim Tuan Man
Langgan:
Catatan (Atom)