Jadilah
seperti pasir yang basah kerana ia boleh diumpamakan sebagai orang yang
berilmu dan kemudian mengamalkannya manakala pasir yang kering umpama
orang yang belajar tetapi ilmu itu tidak digunakan sebaiknya. Malahan
jika digunakan untuk kesesatan, ia sangat buruk sekali.
Penulis
banyak menekankan perihal peranan isteri terhadap suami dan keluarga.
Kisah yang dinukilkan kebanyakannya merupakan hasil pengalaman beliau
sepanjang kehidupan ini.
Terbahagi kepada tiga bahagian dan
setiap satunya memberikan input yang segar buat santapan minda kita.
Juga membuatkan kita bermuhasabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan