Khamis, 25 Jun 2015

RakBuku2015 (32) 123 Idea, Aktiviti dan Permainan Seronoknya Usrah

Bismillahirrahmanirrahim.



Buku ini ditulis oleh Yusry Yusopp dan Salita Jamaluddin. Dicetak oleh ABS Design and Gift setebal 128 muka surat. Bro Yusry telah beberapa kali menerbitkan buku berkaitan aktiviti usrah yang interaktif sebelum ini.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Pengenalan, Ukhwah dan lain-lain. Idea yang diberi adalah secara umum dan insya Allah boleh diaplikasikan dalam semua keadaan. Boleh juga diubahsuai mengikut keadaan semasa usrah yang dikendalikan mengikut lokasi, bahan dan ahli usrah.

Pada pandangan saya, cadangan aktivitinya menarik dan berusaha melibatkan semua ahli dalam perbincangan dan melakukan aktiviti. Adakalanya ketua usrah (dikenali sebagai naqib atau naqibah) akan berhadapan dengan cabaran ahli yang pasif.

Semoga ada manfaat yang diperolehi dan dapat diaplikasikan seterusnya menjadi pemangkin perubahan ke arah yang lebih baik :)




Jumaat, 17 April 2015

RakBuku2015 (26) Budak Tin


Bismillahirrahmanirrahim.

Budak Tin - membawa mesej status keluarga tidak mempengaruhi keyakinan dan harga diri seseorang. Bahasa yang mudah difahami dan santai. Sekurang-kurangnya untuk saya ;) Fatin seorang murid yang cerdik dan mempunyai ayah yang bekerja sebagai pengutip tip. Dia menerima ejekan dari seorang budak lelaki iaitu jirannya yang baru berpindah ke kawasan rumahnya. Namun segalanya berubah apabila keluarga Fatin berjaya menyelamatkannya nyawanya dalam satu kejadian kebakaran.

Suka dengan Fatin yang bercita-cita dan berpandangan jauh. Dia mahu membuka pusat kitar semula suatu hari nanti.

Ya, jangan "underestimate" cita-cita anak-anak. Perlu beri galakan! :)

Khamis, 19 Mac 2015

RakBuku2015 (13) Cikgu, Saya Suka Pergi Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim.

Bekerja dengan kanak-kanak (a.k.a guru sekolah rendah) menyeronokkan. Apatah lagi apabila apa yang diajar dapat difahami dengan baik. Anak-anak ini kebanyakannya mudah mendengar kata, polos dan ikhlas.

Penulis berkongsi cerita berhadapan demgan anak-anak didik setiap hari. Tidak terhad dengan subjek yang diajari, penulis bijak memasukkan unsur tarbiah dan penerapan nilai murni.

Ya, ketika sesi penilaian praktikum pun, penerapan nilai murni sangat dititikberatkan oleh pensyarah pembimbing dan saya selalu dapat markah sederhana sebab kurang memberi penekanan.

Kini sudah beberapa tahun menjadi guru semakin sedar kepentingannya. Moga Allah mudahkan urusan penulis dan kita semua. Amin.. :)

Buku baru (pinjam)

Bismillahirrahmanirrahim


Pinjam di PERPUSTAM :) 5 buah anak punya. 3 buah saya punya. Jom membaca!

RakBuku2015 (10) Usahawan Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejujurnya saya tidak mengenali Tuan Mohd Zaini Mohd Ariff tetapi saya telah membaca hasil tulisannya dalam buku Ilmu Kehidupan dan saya rasakan beliau sangat bersungguh menyebar kebaikan dan memberi nasihat.

Alhamdulillah bertemu buku ini yang memberi ruang kefahaman yang lebih luas dalam mencari rezeki dan menghadapi ujian hidup. Semoga Allah memberkati keduanya (Tuan Mohd Zaini dan Prof Kamil). Wallahualam.

23637860

Sumber gambar : sini

Rabu, 18 Mac 2015

RakBuku2015 (9) Pilo Toq

Bismillahirrahmanirrahim.

Buku ini telah lama saya beli (tahun lepas). Nipis sahaja. Sengaja saya "peram" beberapa ketika sehingga mood membaca fiksyen kembali :)

Pilo Toq gabungan tulisan beberapa orang penulis lelaki berkongsi kisah kehidupan santai tetapi bermakna bersama isteri masing-masing. Sangat mencuit hati. Kadang ketawa, kadang sinis, kadang saya terdiam memuhasabah diri.

Hidup berumah tangga bukan sekadar seronok namun membawa bersama amanah untuk dijaga.fik

Wallahualam.

22576203

Sumber gambar : sini

Isnin, 16 Mac 2015

RakBuku2015 (8) Creating Room To Read

Bismillahirrahmanirrahim.

Buku ini saya beli di Big Bad Wolf Disember lepas. Tertarik dengan tajuknya. Ketika membacanya baru saya teringat, John Wood (penulisnya ini) ialah orang yang sama menulis buku Leaving Microsoft to Change The World.

Creating Rrom to Read memang benar-benar menepati cita-cita beliau membina perpustakaan untuk anak-anak di negara yang sangat daif dan amat rendah tahap pendidikan.

Beliau seorang yang komited, konsisten, bersemangat, bercita-cita tinggi dan sangat menyukai apa yang dilakukan.

Beliau menceritakan detik permulaan tercetusnya idea membina sebuah NGO berasaskan pendidikan sebagai teras utama. Catatannya disulami dengan kisah anak-anak perempuan yang ditaja oleh mereka.

Ya, sangat memberi inspirasi! Harapan anak-anak perempuan ini terpancar melalui sinar mata dan tindakan mereka belajar bersungguh-sungguh dan sangat menyukai perpustakaan mereka. Pembaca dapat membayangkan lewat catatan-catatan penulis ini.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Ada sahaja halangan yang ditempuhi. Wang. Memang membuat ramai manusia hilang kewarasan akal. Kehilangan dana, ditipu dan sebagainya tidak sesekali mematahkan semangat. Room to Read tetap meneruskan misi mereka!

Membaca kisah seperti ini dapat menaikkan semangat dan memberi inspirasi dalam memberi kepada orang lain sebagai manfaat bersama :)