Alhamdulillah. Buku di tangan ini merupakan sebuah siri untuk mengajar anak berwuduk, solat dan zikir selepas solat yang menurut quran dan hadis yang sahih.
Terbitan Pustaka Ibnu Kathir di bawah siri kanak-kanak. Sebelum ini saya pernah mendapatkan sebuah buku mengenai doa.
Dibahagikan kepada tiga bahagian dengan diawali tatacara mengambil wudhu' diikuti tatacara solat dan diakhiri zikir selepas solat.
Subhanallah banyak membantu saya dalam menyediakan persiapan anak menunaikan solat. Saya juga banyak mendapat ilmu baru kerana belajar solat sebelum ini hanya melalui ibu bapa dan guru di sekolah. Maka hadirnya buku ini memberi nilai tambah dalam memperbaharui ilmu tentang solat secara khususnya.
Bacaan mengikut sunnah (di dalam solat) lebih pendek daripada yang biasa dibaca selama ini dan anak lebih mudah mengingat kalimah dan maknanya serta seronok mengerjakan solat. Subhanallah.
Jika saya tidak salah, penerbit turut mengeluarkan sebuah carta tata cara solat ini dalam bentuk poster. Namun saya ubahsuai sedikit dengan menjadikan langkah demi langkah menggunakan ilustrasi berwarna bagi menarik anak kecil yang berusia 3 tahun lebih di rumah ini :)
Harga yang tertera pada label buku ini ialah RM18 namun saya mendapat diskaun ketika membayarnya (bersama barangan lain). Mungkin harganya berbeza mengikut kedai.
Saya sangat mengesyorkan buku ini sebagai salah satu sumber rujukan dalam memdidik anak mengenai tatacara wudhu', solat dan zikir selepas solat menurut sunnah. Wallahualam :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan