Buku kali ini sangat menarik minat saya sebagai seorang guru dan juga seorang ibu yang mempunyai anak kecil. Ini kerana jarang saya jumpa buku panduan bercerita dalam bahasa Melayu di pasaran. Kulit bukunya menarik dan ilmu yang diberi juga sangat berguna dan bermanfaat.
Ada lima bab di dalam buku ini dimulai dengan Bab 1 : Penggunaan Buku Cerita untuk Aktiviti Bercerita, Bab 2 : Bercerita Menggunakn Lipatan Kertas, Bab 3 : Bercerita Menggunakan Gubahan Sapu Tangan, Bab 4 : Teater Bercerita dan Bab 5 : Persembahan Teater Bercerita.
Panduan membuat kostum mudah seperti topi watak yang menggunakan kad manila, gambar yang ditampal pada topi sebenar, gambar gantung, topeng muka, cekak rambut dan kostum menggunakan surat khabar sangat membantu dalam penyediaan bahan teater bercerita.
Saya cuba mengaplikasikan salah satu teknik ini bersama anak saya dan Alhamdulillah ia sangat menyeronokkan. Boleh lihat video dan entri saya di sini --> Buku dan Aktiviti 4. Saya menggunakan topi watak dan anak akan menukar topi watak sesuai dengan cerita di dalam buku.
Topi watak dari buku Crazy Pets ~ hamster, tikus, anjing, ikan dan arnab
Perkongsian daripada saya. Saya mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan. Semoga bermanfaat :)
**Saya terkejut bercampur gembira melihat foto keluarga penulis kerana saya mengenali suaminya yang merupakan Timbalan Pengarah kampus saya dahulu. Barakallahufikum.
Sangat menarik dan kreatif!susah nak cari bahan bacaan yg bagus dipasaran
BalasPadamYa puan :) Walaupun mungkin ada di pasaran tapi kadang-kadang kita kurang tahu. Nak membaca sekarang pun kena urus masa dengan urusan kerja yang banyak. Huhu ^_^
Padam