Rabu, 13 Oktober 2010

Stok buku


3 hari 2 malam berada di wad tanpa bahan bacaan yang cukup amatlah membosankan. Mujur juga dapat tengok newborn babies setiap hari :) Lantas hari keluar wad ajak suami ke kedai buku. Mujur dia tidak banyak membantah. Yalah, baru keluar wad patutnya balik rumah berehat :D Capai 4 buah buku yang memang ingin dibeli jadi tidaklah ambil masa lama membeli buku.



Selang beberapa hari, kebetulan ke sebuah pusat membeli-belah. Sudah alang-alang sampai, ajaklah dia ke kedai buku Popular juga. Katanya, "Dah agak dah..." ngee..minta maaf...dah namanya perempuan ;) Tapi isterinya ini lebih suka book shopping daripada membeli kain baju. Tapi kali ini buku yang dibeli agak santai dan kebudak-budakan...semua ini nak dibuat stok buku semasa bercuti nanti. Hm.. tapi agak-agaknya terbaca ke? Entahlah.



Awal Oktober lalu pembelian buku yang tidak dirancang :D



Maka, berakhirlah era saya 'berpuasa' dari membeli buku selama 2 bulan setengah (^_^).
Jom baca buku!

2 ulasan:

  1. waduh waduh..borong sakan yer...nnti akak paw tau ehehe..dlm byk2 buku tu..akak ada yg kaedah mendidik anak & isteri jer..best!!

    BalasPadam
  2. Boleh3 :) Buku Mendidik Anak tu a.kamal yang beli. Yana dah baca masa di wad. Ulang bacaan sebab nak 'absorb' ilmunya. Ayatnya mudah dan senang faham kan?

    BalasPadam