Selasa, 28 Julai 2009

The Secret of Water - Rahasia Air (Edisi Indonesia)


Tajuk : The Secret of Water
(Saya baca dalam edisi Bahasa Indonesia)
Penulis : Dr Masaru Emoto
Beli di : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006


Buku ini saya cari selepas tertarik hati mendengar ceramah “The Power of Water” satu ketika dahulu oleh Puan Mahawa, pensyarah maktab yang kini menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Ketika program, beliau memesan supaya setiap orang membawa sebotol kecil air mineral. Rupa-rupanya beliau hendak menunjukkan bahawa air mempunyai kekuatan dan keunikan yang tersendiri. Akhirnya berjumpa dengan buku kecil ini.. walaupun tidak memperolehi buku “The Power of Water” tapi buku ini tetap memadai :)

Profesor Masaru Emoto melontarkan mukaddimah dengan pernyataan yang menarik. “Seberapa besar pengetahuanmu tentang air? Tahukah kamu bahwa air yang kamu minum sekarang sama dengan air yang diminum oleh DINOSAURUS?”.. aha.. satu ketukan minda di sini. Seterusnya beliau mengatakan apa-apa shj yang dibuat oleh kita bukan sahaja mempengaruhi diri sendiri dan orang lain tetapi juga mempengaruhi planet. Contohnya jika kita berbicara perkara yang menyenangkan, kita telah membantu mencipta satu dunia yang indah.

Air seperti makhluk hidup yang lain. Air juga boleh terpengaruh dengan perasaan. Maka dengan itu, hendaklah kita sama-sama menjaga air dan kualitinya kerana dari situ kita dapat membantu memelihara air. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan bahawa tahun 2005-2010 adalah dekad air untuk kehidupan seluruh dunia (Water for Life Decade). Info boleh dilihat di
www.un.org/waterforlifedecade .

Selain ditunjukkan kitaran air, ada beberapa fakta menarik yang dipaparkan. Misalnya, tahukah anda dalam sehari kita menggunakan purata dua gayung hanya untuk menggosok gigi? Membasuh tandas memerlukan sepuluh gayung air dan mandi menggunakan 20 gayung air? Jadi rata-rata orang menggunakan 100 gayung sehari atau sama tara dengan 80 kg air. Wah, begitu banyak kita membazir!.

Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap air, Prof Masaru Emoto menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia air. Pada awalnya beliau menunjukkan kepada air kata-kata, doa, muzik, dan gambar yang menyenangkan. Selepas itu, air itu dibekukan sehingga mencapai suhu -15oC. Apabila dilihat di bawah mikroskop, molekul-molekul air ini membentuk gambar kristal yang menakjubkan!

Di sini diletakkan gambar-gambar ucapan terima kasih di dalam pelbagai bahasa. Bermakna, jika kita mengucapkan apa sahaja kata-kata yang baik terhadap air, insya Allah air akan bertindak balas yang baik dengan kata-kata tersebut. Patutlah air yang dibacakan ayat-ayat al-Quran mampu menyembuhkan dengan izin Allah. Inilah rahsianya.

Berikut antara gambar-gambar molekul air setelah dieksperimenkan oleh Profesor Masaru Emoto. Gambar-gambar ini diambil daripada laman sesawang yang dinyatakan di atas :


Love and appreciation

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada banyak lagi. Anda boleh layari laman sesawangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan