Jumaat, 31 Julai 2009

Biskut Ajaib

Judul buku : Biskut Ajaib
Penulis : Shamsuddin Abdul Kadir dan Nor'aini Mohamed Noor
Penerbit : PTS One
Bilangan muka surat : 118
Harga : RM 11.50
Beli di : MPH Mahkota Parade, Melaka
Tarikh baca : 29 Julai 2009

Saya tertarik dengan kulit buku ini. Lantas saya membelinya tanpa berfikir dua kali. Lagipun saya belum pernah membaca Siri Usahawan Cilik. Dalam masa yang sama, saya juga ingin mencari bahan bacaan yang bagus untuk kanak-kanak. Dan nyata cerita di dalam buku ini sangat menarik dan banyak pengetahuan :)

Marzuki dan Mawardi ialah pasangan kembar yang baru berusia 11 tahun. Satu hari mereka mengikut ibu dan ayah mereka ke kedai buku. Ketika ingin pulang, mereka ternampak adik mereka memegang sebuah buku resipi yang menunjukkan langkah-langkah membuat biskut tanpa menggunakan teks. Tidak sangka pula apa yang mereka lihat itu 'membantu' mereka ketika mereka kelaparan dan lebih jauh lagi siapa sangka mereka mampu mencipta sesuatu yang menakjubkan!

Keluarga Marzuki dan Mawardi pergi ke kenduri saudara dan meninggalkan mereka di rumah kerana mereka perlu belajar untuk menghadapi peperiksaan. Memang kebiasaan bagi rumah mereka, barang keperluan dapur dan makanan akan habis pada penghujung bulan. Tiba-tiba mereka sangat lapar. Datang pula ilham untuk membuat biskut seperti yang mereka lihat di dalam buku itu. Apa lagi, habis semua barang ibu di dapur di keluarkan oleh mereka. Dan bermulalah misi masing-masing ;)

Hampir 1 jam kemudian, biskut itu pun siap dan mereka pula berasa teruja sendiri dengan keenakan biskut itu. Yang kelakarnya, ayah mereka yang bangun tengah malam dan menjengah ke dapur menghabiskan baki biskut yang ada di dalam balang biskut itu. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati balang biskut telah kosong. Siapa yang makan ya? Setelah beberapa kali hal yang sama terjadi barulah mereka tahu ayah mereka yang memakannya. Ibu selalu tidak percaya yang ayah makan biskut yang sedap di dapur setiap malam kerana katanya barang makanan rumah telah habis. Dan ibu tidak pernah membeli biskut seperti yang diperkatakan oleh ayah ;)

Biskut yang dibuat juga di bawa ke sekolah dan diberi kepada kawan-kawan. Di sini, timbul idea untuk mereka membuat bisnes kecil-kecilan dengan menjual biskut ciptaan mereka di sekolah. Akhirnya mereka dikenali kerana 'Biskut Ajaib' mereka yang sangat sedap. Walaupun begitu, dalam masa yang sama mereka juga terpaksa menghadapi cabaran. Ada ketikanya ada orang yang berbuat dengki kepada mereka sehingga didenda oleh guru disiplin sekolah kerana berniaga di sekolah. Surat layang yang diterima juga mengugut dengan tujuan menjejaskan perniagaan 'Biskut Ajaib' mereka.

Akan tetapi, mereka tetap tidak berputus asa. Mereka mencari alternatif lain. Dengan bantuan ibu dan ayah mereka, mereka mengembangkan lagi sayap perniagaan biskut di kawasan perumahan mereka dan di tempat bekerja ibu dan ayah. Pengubahsuaian terhadap rasa dan khasiat biskut juga dilakukan dan mereka mencipta variasi bentuk biskut dengan menempah acuannya di kedai kimpalan. Usaha tidak berhenti setakat itu sahaja. Mereka berfikir lebih jauh dengan mencari jalan mendaftarkan perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapatkan logo halal JAKIM. Wah, dahsyatnya. Andailah ada kanak-kanak yang berjaya membuat seperti Marzuki dan Mawardi ini pasti terkenal di seluruh negara :D

Sebenarnya, mereka juga kerap bertengkar kerana perselisihan pendapat. Tetapi saya juga memuji sikap Mawardi yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Sebagai contoh, dia berjaya mengasaskan penubuhan Kelab Usahawan Cili Padi di sekolahnya walaupun ditentang hebat oleh abangnya, Marzuki. Tetapi kemudiannya Marzuki dipilih menjadi Presiden Kelab dan barulah si abang sedar akan usaha adiknya. Buku Pemimpin Pilihan Terakhir sentiasa menjadi rujukan dan pemangkin semangat mereka untuk berjaya.

Buku ini tidak hanya membawa pembaca menelusuri kisah pasangan kembar ini menjual biskut tetapi diselitkan secara langsung dan tidak langsung cara-cara berniaga dan menggalakkan kanak-kanak berniaga. Ada info mengenai cara simpanan wang, menyimpan buku kira-kira, berfikiran kreatif dan inovatif dalam mengembangkan perniagaan, cara meningkatkan mutu produk yang dihasilkan, sikap dengki di atas kesenangan orang lain dan strategi pemasaran (di dalam cerita ini mereka dibantu oleh 'agen' yang dilantik iaitu Azuan ",).

Penulis menunjukkan cara mendaftar perniagaan di dalam cerita ini dalam bentuk yang mudah difahami dan sesuai dengan aras kanak-kanak dan awal remaja.


Tidak rugi anda membaca buku ini (",)
AdH

6 ulasan:

  1. salam kak
    sye pn tertarik tgk cover die
    mase bookfair hr 2,sye dpt bookmark buku beli tp
    rse gembira je tgk cover die
    n x dunafikn cover buku pts sgtla cute
    best ya kak cte ni
    dl nk beli tp nipis sgt
    blhla promo kt adik lps ni
    hehe

    BalasPadam
  2. buku ada ummi beli utk adik2. msih blm sy baca. tp tgk ulasan akk, mcm menarik. he2..

    BalasPadam
  3. salam...
    kuih ajaib pe tuk raye t?
    hehehehe...

    BalasPadam
  4. Salam..
    nak jugak buku ni.. bilelah leh dapat...

    BalasPadam
  5. AdH -> Musafir

    Hehe..nak tau kenalah datang syawal nanti ;)

    AdH -> Faarihin

    Waalaikumussalam Faarihin,
    boleh je nak pinjam tuan rumah ni punya :)

    BalasPadam
  6. Terima kasih di atas kesudian memberikan ulasan.

    Shamsuddin Kadir.com

    BalasPadam