Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini cuba menyusun semula sebuah rak buku yang semakin semak dan sesak dengan buku yang tidak tersusun. Oh, sakit mata melihatnya. Sebenarnya ada lagi beberapa buah almari tapi buat-buat pejam mata sahajalah. Tenaga belum pulih sepenuhnya. Ini pun sudah termengah-mengah. Hee..
Cubaan pertama, kononnya mahu menyusun buku mengikut warna tetapi ruang tidak cukup. Waaaahh, perlukan almari baru lagi [alasan]. Ini gara-gara terpengaruh dengan gambar koleksi buku dan rak buku para pembaca buku tegar di laman internet dan Instagram :D
Setelah difikir-fikir, tidak dapat tidak. Buku-buku terpaksa juga berhimpit berlapis-lapis dalam almari.
Dan, eh, ada pula baki ruang! Hehe..
Adik sudah bising. "Buatlah direktori buku . Senang nak cari." Err.. walaupun saya seorang guru perpustakaan tapi kerja membuat direktori (@stok buku) sangatlah mengambil masa. Nantilah ya. Saya cuba usahakan selama bercuti ini. Insya Allah. Harap-harap permohonan cuti menyusu saya diluluskan nanti ;)
Assalamualaikum aina dayana :)
BalasPadamBerkenalan di goodreads membawa ke blog. Alhamdulillah. Dan saya sangat teruja dan cemburu tengok buku yang banyak ni :) Aina mengingatkan sahabat saya. Dia pun punya almari buku yang sama. MasyaAllah buat saya semangat untuk terus kumpul, baca dan punya mini library sendiri. Itu impian di antara impian lain :)