Judul buku : Warisnya Kalbu Penulis : Sri Rahayu Mohd Yusop Penerbit : Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd *Pemenang tempat pertama Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 Bismillahirrahmanirrahim. Saya bukanlah orang yang pandai dalam sastera. Sungguhpun pernah mengambil subjek minor dalam Pengajian Melayu ketika di maktab perguruan dahulu saya masih tidak mampu memahirkan diri dalam puisi, pantun, sajak dan lain-lain. Sangat cemburu dan kagum dengan kebolehan para pensyarah dan rakan yang mempunyai bakat dan kefasihan dalam bidang ini. Jauh pula saya mengimbau kenangan ;) Sebenarnya ada kaitan sedikit dengan tema novel ini. Karya Sri Rahayu ini merupakan hasil penulis yang pertama saya baca. Sebelum ini hanya membaca ulasan dari pembaca lain. Saya terpegun dengan tema pantun yang melatari novel ini. Terbahagi kepada dua masa dan zaman. Namun tema pantun diangkat sebagai fokus utama. Hassan Basri dan ayahnya mengemas koleksi buku arwah datuk yang baru meninggal dunia. Dalam banyak-banyak timbunan buku itu, Hassan tertarik dengan sebuah buku berikat reben dan isi kandungannya bertulis tangan. Lantas diminta izin dari ayahnya untuk menyimpan buku tersebut. Buku tersebut merupakan catatan peribadi atau jurnal seseorang bernama Tun Cempaka mengenai kehidupan sehariannya yang secara tidak langsung mencatatkan beberapa siri peristiwa bersejarah yang berlaku di tempatnya ketika itu iaitu dalam era Perang Bendahara di Pahang. Dalam masa yang sama Hassan bersama beberapa orang pelajar di sekolah menyertai pemilihan pasukan pemantun sekolah dan hanya empat orang sahaja yang akan terpilih. Melihat kemantapan berpantun Hassan, dia terpilih bersama 3 lagi pelajar yang lain. Apa yang mengejutkan ialah Khadija (salah seorang pemantun sekolah) juga mempunyai naskah jurnal yang hampir sama dengan Hasan. Namun isi kandungannya adalah terjemahan pantun dalam bahasa inggeris semata-mata dan tiada catatan peribadi seperti pada Hassan. Misteri. Banyak yang saya pelajari mengenai pantun dari buku ini. - Pantun itu ibarat wadah bagi orang Melayu mengungkapkan fikiran dan hati budinya tentang makna kehidupan, kelakuan manusia dan hubungan manusia dengan alam kelilingnya. - Pantun dilihat pada keratnya. Ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belas dan empat belas. Pantun biasanya genap. Tidak ganjil. - Sanjak ; ragam bunyi yang sama padan (istilah baru yang diketahui) Dalam jurnal yang dimiliki Hassan, Tun Cempaka menceritakan kakandanya mengajar pantun melayu kepada anak saudara gabenor bernama Katherine. Namun catatan itu tidak tamat kerana ceritanya tergantung. Hassan dan rakan-rakan meminta bantuan guru sejarah sekolah bagi merungkai misteri ini. Apa pun, kepentingan memelihara khazanah ilmu bangsa melayu dilihat penting dalam mengekalkan warisan bangsa yang baik untuk generasi seterusnya. Wallahualam. |
Khamis, 12 Jun 2014
Buku 27 : Warisnya Kalbu oleh Sri Rahayu Mohd Yusop
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Selepas ini boleh cuba baca Qalam Kalbu pula. Lagi menarik dan puas hati.
BalasPadamYa! Saya baru tahu kewujudan buku tersebut dari penulis sendiri dan selepas 'membelek-belek' laman sesawang ITBM ^_^ Insya Allah
Padam