Cuti sakit hampir seminggu, hilang selera makan dan membuat kerja. Apabila kita sakit baru terasa nikmat sihat. Apabila sihat, lupa nikmat sakit. Eh, sakit pun nikmat? Ya, kerana kita lebih menginsafi kelemahan dan kelalaian kita semasa kita sihat ^^,
Terlepas beberapa aktiviti di sekolah. Antaranya rombongan ke PBAKL 2014. Tidak mengapalah, ada rakan guru sudi memikul tanggungjawab menggantikan saya sebagai ketua rombongan :)
Terlepas juga peluang bertemu rakan baik dari Sabah. Beliau datang seorang diri dari sana semata-mata membeli buku di PBAKL. Wah, kagum! Saya masih di dalam wad ketika itu.
Melihat kemeriahan PBAKL tahun ini sangat menarik sekali. Ada ruang rehat dan baca di tingkat 4 dan ada pelancaran buku Pengkarya Guru! Terlepas peluang lagi... Hee.. rezeki buat rakan guru tersebut :) Saya antara orang yang tidak menghantar kembali manuskrip ke pihak berkenaan. Ish3. .cepatlah berubah, wahai Aina Dayana! +_+;
Melihat promosi buku di FB rasa mahu pergi PBAKL tahun ini. Hi hi. . Tetapi tidak mahu cari pasal, tak mahu masuk wad lagi ^_^;
Ruang Rehat dan Membaca disediakan oleh Perbadanan Kota Buku. Sumber gambar : FB Kota Buku |
Antara buku baru ITBM ; Biring Sikunani bersama penulisnya. Ilustratornya ialah Puan Emila Yusof! Sumber gambar : FB ITBM |
Antara booth yang menarik perhatian saya (malangnya tahun ini tak dapat ke PBAKL). Sangat tertarik untuk dapatkan siri Dr Bubbles terbitan Buku Prima. Sumber gambar : FB Buku Prima |
Salam Puan,
BalasPadamPuan boleh dapatkan buku siri DR Bubbles daripada saya. Ini emel saya: drbubbles@redbubbles.org.my.
Iskandar Syah aka DR Bubbles
Penulis buku siri DR Bubbles :-)