Bismillah walhamdulillah.
Bacaan 8-9 Februari 2012.
Terjumpa buku ini semasa PPM di sekolah sedang memproses datanya. Sangat tertarik dengan sinopsis dan tikus comel di hadapan kulit buku. Seorang rakan yang mengunjukkan buku ini kepada saya. Terus saya ambil dan baca walhal datanya belum dimasukkan ke dalam komputer perpustakaan. Heh!
Terpampang di atas judul buku ini telah terjual 1 juta naskah. Wah, menarik amatkah?
Ya, sangat menarik. Saya hampir-hampir ketawa seorang semasa membaca buku ini. Ok berbalik kepada cerita.
Mrs Frisby, si ibu tikus ini sangat risaukan hari perpindahan (kerana apabila musim sejuk berakhir mereka perlu berpindah untuk mencari tempat yang lebih selamat) kerana anaknya mengalami pneumonia dan dinasihatkan tidak banyak bergerak.
Bermulalah pencariannya mencari ubat sehinggalah kepada idea mustahil yang luar biasa. Budi baik dibalas baik. Ya, saya suka dengan keadaan ini. Dalam perjalanan pulang daripada rumah Mr Ages (ala-ala tabib tikus) mendapatkan ubat untuk Timothy, Mrs Frisby terserempak dengan seekor burung gagak yang tersangkut di pagar rumah. Dia mengambil keputusan untuk menolong gagak itu. Sebagai balasan Sang Gagak menerbangkannya pulang ke rumah.
Salah satu usaha yang Mrs Frisby lakukan ialah berjumpa dengan burung hantu yang paling tua di hutan di situ bagi mendapatkan nasihat. Malangnya nasihatnya tidak begitu membantu. Tapi ajaibnya apabila disebut nama penuhnya burung hantu itu terus memberi perhatian yang lebih.
Rupanya suami Mrs Frisby adalah kawan baik burung hantu itu! Wah, bagaimana hal ini boleh terjadi? Mana ada burung hantu dan tikus berbaik-baik?
Then, it leads to the superb idea and knowing brilliant rats.
Moral of the story : loyalty, loving and protective.
* Kenapa ya tikus banyak dijadikan cerita? Kartun Ratatouille pun tikus watak utamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan