macam mana, dah hilang kenalah ganti. Duit lagi.. Akti
viti meminjam di perpustakaan ini berlaku sehingga tamat sekolah rendah sahaja.
Selepas saya ke sekolah menengah, aktiviti membaca itu sangat kurang kerana sibuk dengan pelajaran dan aktiviti sekolah. Kedua, kerana saya tidak menggemari novel melayu waktu itu yang pada anggapan saya banyak "cintan-cintun". Saya beralih kepada buku bahasa inggeris yang tahapnya sesuai dengan saya dari segi pemahamannya :) Contohnya komik Tintin, majalah Quest, siri Enid Blyton, Fear Street, Goosebumps dan siri penyiasatan dalam bahasa inggeris.
Berbalik kepada masa kecil dahulu, ayah selalu bawa pula
ng bahan bacaan berbentuk buku cerita nipis, novel penyiasatan atau majalah. Antara yang saya ingat majalah Bambino, Kuntum, Young Generation dan Mingguan Kanak-kanak. Ironinya, ada satu karya saya tersiar dalam Mingguan Kanak-kanak itu tapi tak dapat cenderahati pun sebab rupa-rupanya itu edisi terakhir. Gulung tikar atau kenapa say
a pun tak tahu. Tak mengapalah walaupun sedikit kecewa :D
Sekarang semua buku zaman kanak-kanak dulu ayah dah jual *sob sob*. Jual waktu karnival Pendidikan Khas beberapa tahun lepas. Heh, habis licin orang beli.
Ini rupa almari buku yang sekarang. Lama tak berkemas. Serabut nampaknya. Ada lagi satu rak, tumpang di serambi rumah. Ayah kata, "Esok dah ada rumah sendiri, angkutlah almari-almari buku ni" *hee...* Ini pun almari tak cukup. Ada juga buku-buku saya di rumah mertua. Haiya..
jom kemas rak buku masing-masing. rak buku huda pun memerlukan pengurusan rapi because I'm running out of space!
BalasPadamHuda, lagi besar rak lagi banyak buku nak isi :D Saya berusaha tidak menambah lagi 'ahli baru' di rak saya. Tapi..mana mungkin. Ada juga 'terbabas' membeli :D
BalasPadam