Judul buku : Mengapa Aku Jadi Pengetua? #1
Penulis : Kusyi Hirdan
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
Harga : RM18.90
Bil muka surat : 336
Sumber buku : Beli di Popular Jusco Melaka
Sumber gambar : Goodreads
Izaz Noraini, gadis yang biasa-biasa sahaja tetapi dalam sekelip mata berubah status menjadi pengetua sebuah kolej swasta yang paling elit. Semuanya gara-gara memenuhi wasiat arwah kakak iparnya dan menggantikan tempat abangnya yang menghilangkan diri buat sementara waktu (mungkin juga untuk selama-lamanya). Banyak insiden menarik yang berlaku bermula dari hari pertama bekerja sehinggalah tamat 2 semester persekolahan. Kolej Elita ialah sebuah kolej swasta yang berprestij di mana para pelajarnya terdiri dari anak orang kaya dengan membayar RM20 000 untuk 1 semester. Izaz Noraini, sungguhpun hanya lepasan diploma tetapi dia seorang yang tegas, waja diri, dan memiliki banyak kelebihan. Walaupun dia menerima tugasan ini dengan separuh hati kerana dia mempunyai cita-cia untuk menyambung pelajaran tetapi dia tetap menjalankan tugas dengan cemerlang. Banyak perubahan di buat di Kolej Elita antaranya memanggil Loli (pembantu kanannya - lelaki lembut) dengan nama asal, Encik Ali (oh, mengamuk Loli), tiada lagi "live band" malam Jumaat, menangani masalah sikap guru-guru dan pelajar-pelajar termasuk Zara si samseng Kolej, mewujudkan kelas agama dan menggunakan pendekatan psikologi dalam menangani masalah. Saya asyik ketawa sahaja membaca buku ini. Nampaknya Kusyi Hirdan sudah menjadi penulis kegemaran saya. Buku dalam diri ini akan saya cari selepas ini :) | |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan