Buku keempat daripada siri Laksamana Sunan. Tak tahu bagaimana mahu mengulasnya :) Saya sudah ingat-ingat lupa cerita-cerita sebelum ini.
Dalam novel ini, Sunan sudah kembali dari zaman masa hadapan dan terdampar lemah. Hilang
kudratnya kerana tubuh tidak mampu menampung keadaan transisi dirinya yang merentasi zaman.
Namun beberapa peristiwa berlaku dan Sunan dibantu untuk pulih oleh bangsa Polip. Dalam masa yang sama, Sunan kembali ke tahun 1511 di mana saat itu Portugis sedang menyerang Melaka dan akhirnya Melaka berjaya ditawan.
Takdir menentukan bahawa seorang balu bangsawan Portugal telah datang ke Melaka bagi melaksanakan misinya mencari Mariam di Hulu Melaka. Pencariannya juga berpusat kepada "lelaki bertanduk dua".
Seperti kisah yang lalu, tugas Sunan masih lagi memerangi makhluk jahat dan Taghut.
Sekadar pandangan peribadi, kisah ini terlalu banyak bercampur dengan cerita rekaan penulis menyebabkan saya berasa sedikit keliru. Mungkin tidak bagi orang lain :) Secara keseluruhannya ia masih menarik dan memberi pengajaran.
Lihat resensi menarik oleh Saudara Syamil di Goodreads.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan