Sabtu, 3 April 2010

Dunia Didi #1

[Sumber gambar : PTS]
Judul buku : Dunia Didi #1
Penulis & Pelukis : Ard One
Harga : RM 6.90
Sumber : PBAKL 2010

Didi merupakan pelajar Sekolah Tadika Lompat-lompat. Pada satu hari, Didi mengikuti rombongan tadikanya ke Taman Rimba. Taman Rimba ialah sebuah hutan yang dijadikan tempat rekreasi. Di sana, Didi dan rakan-rakan diperkenalkan dengan Kapten Hijau yang memandu rombongan mereka di dalam Taman Rimba. Kapten Hijau menerangkan akan kepentingan menjaga dan mencintai alam sekitar.


Didi amat mengagumi Kapten Hijau. Tanpa disangka, Kapten Hijau telah memilihnya dalam melaksanakan satu misi. Apakah misi itu? Kapten Hijau mengikuti Didi ke mana-mana dan hanya Didi seorang yang dapat melihat Kapten Hijau. Hal ini menyebabkan Didi disisihkan oleh rakan-rakannya kerana berkelakuan pelik. Akan tetapi kakak Didi seorang yang baik. Dia menyokong Didi kerana baginya itu adalah imaginasi yang biasa dialami oleh seseorang apabila terlalu menyukai sesuatu benda dan menganggap benda itu wujud.


[Saya teringat, 'Didi' dalam bahasa Punjabi (err..betulkan saya jika tersilap) maksudnya Kakak :)]
Ada beberapa perkara lucu di dalam cerita ini. Di akhir cerita juga, misi tersebut berjaya dilaksanakan. Hendak tahu apa misinya? Bacalah Komik-M ini :) Selamat Membaca.

2 ulasan:

  1. Kadang-kadang seronok baca buku yang ditulis untuk kanak-kanak dan remaja. Saya rasa tidak lama lagi,saya akan beli pula arkitek di kampung seberang dan bubble gum. comel ;)

    BalasPadam
  2. Sekolah tadika lompat-lompat?
    Alahai..comelnyaaaa(^_^)

    BalasPadam