Sumber gambar : Blog Pak Latip
Judul buku : Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Penulis : Abdul Latip Talib
Harga : RM 24.00
Sumber : Beli di MPH Alamanda
Hidupnya dalam kekurangan. Tetapi semangatnya menuntut ilmu tidak pernah malap. Malah sentiasa membara. Membaca kisah hidup Imam Syafie mengundang 1001 rasa. Maha Suci Allah yang mengangkat darjat hamba-Nya apabila seseorang hamba itu dekat dengan-Nya.
Imam Syafie merupakan tokoh ilmuwan terbilang. Seorang yang warak, alim, dan zuhud. Beruntung dirinya lahir dalam keluarga yang begitu menitikberatkan ilmu agama. Pernah sekali Imam Syafie belajar bersyair namun disebabkan beliau sedikit terkasar dengan ibunya, lantas disuruh Imam Syafie pergi menuntut ilmu agama untuk menjadi seorang ulama dan menjadikan dirinya seorang yang merendah diri dan berbudi bahasa.
Saya kagum dengan daya ingatan dan hafalan Imam Syafie. Dikatakan sekiranya lembaran-lembaran kertas, pelepah dan daun yang ditulis ilmu setinggi gunung pun akan dapat dihafalnya. Beliau hafaz al-Quran ketika usia baru mencecah 9 tahun, menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik pada usia awal remaja, dan dapat menghafal puluhan ribu syair sebuah kaum sehingga menjadikan dirinya seorang pakar rujuk dalam ilmu syair.
Beliau mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri bagi menimba ilmu pengetahuan sehingga kesemua bidang telah dapat dikuasai dengan mahir. Malah beliau juga diberi kepercayaan untuk memberi fatwa dan menggantikan gurunya sendiri untuk mengajar kuliah agama kepada orang ramai.
Setiap yang baik pasti ada penghalangnya. Beliau dan anak-anak didiknya pernah difitnah merancang penggulingan khalifah oleh gabenor di tempatnya sendiri. Dua bulan lamanya perjalanan dari Najran ke tempat khalifah dengan berjalan kaki di atas padang pasir yang panas sehinggakan darah hitam melekat pada besi-besi yang merantai kaki mereka. Begitu azabnya dirasakan. Namun begitu Imam Syafie dan pengikut-pengikutnya tetap sabar dan di bibir tidak lekang dengan alunan ayat al-Quran yang telah dihafal.
Penyeksaan yang diterima semasa dalam tahanan turut tidak menjejaskan iman mereka. Akhirnya dengan pertolongan Allah, Imam Syafie berjaya dibebaskan dan gabenor yang memfitnahnya turut mendapat balasan.
Imam Syafie terus memberi kuliah agama dan beliau tidak gentar memperkatakan kebenaran. Beliau selalu diancam oleh puak yang bertentangan pendapat dengannya. Namun beliau lebih suka mengambil jalan berdiam diri ataupun mengelak dari berhujah dengan golongan ini. Hal ini bagi mengelakkan pergaduhan.
Semoga Imam Syafie dirahmati Allah.

salam kak...da lama x komen kt sini.hehe
BalasPadamkak,saya da beli aku,kau dan komik 1.no 2 x beli l.nk tggu akak promo.saya beli no 1 sebab akak promola.hehe
kak,saya teringin nak beli buku2 karya pak latip...akak da beli semua ke?-suhaili
Su, apa blog baru? ni guna anonymous lak.. :)
BalasPadamBuku Pak Latip tak adalah beli semua. Belum mampu lagi. Hehe.. Sekarang pun dah kurang membeli buku. Sibuk di sekolah, tak mengikuti sangat perkembangan buku terkini. Huhu..
Belilah buku Pak Latip. Insya Allah bermanfaat. Selamat membaca :)