Sabtu, 27 Jun 2009

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Berlalu sudah minggu pertama bengkel praktikum bagi semester 8 ni. Kami diberi pendedahan mengenai KSSR; satu silibus baru yang akan digunakan bermula sesi persekolahan pada tahun hadapan, 2010. Bahasa mudahnya, saya lihat KSSR adalah KBSR yang dipakaikan dengan baju baru (?). Bermaksud sukatan yang ada adalah sama cuma ditambah dengan beberapa pembaharuan.
KSSR adalah berdasarkan kepada enam tunjang iaitu komunikasi, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, ketrampilan diri, fizikal dan estetika, dan kerohanian, sikap, dan nilai.

KSSR bertujuan melahirkan guru yang kreatif dan memberi peluang seluasnya bagi guru menjalan P&P dengan lebih baik dan berkesan. Di dalam KSSR, penguasaan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul akan diberi tumpuan utama terhadap murid-murid di sekolah rendah ini.
Selain itu, kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai turut ditekankan. Di dalam RPH (Rancangan Pengajaran Harian) juga tidak ada lagi had masa bagi setiap langkah - set induksi, langkah 1,2,3 bla..bla.., dan penutup.

Apabila dilaksanakan KSSR, secara tidak langsung Pendidikan Khas juga terpaksa melalui transformasi seiring dengan pelaksanaan KSSR. Dari satu segi, saya lihat ia lebih baik kerana guru tidak perlu lagi terikat dengan masa dan boleh mengajar apa-apa kemahiran mengikut tahap murid. KSSR telah mula dijalankan di 500 buah sekolah perintis pada tahun ini.

Bagaimana pelaksanaannya pada tahun hadapan? Adakah KSSR ini mampu meningkatkan pendidikan di negara kita? Wallahua'lam bissowab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan