Selasa, 19 Jun 2012

Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari

Buku setebal 448 muka surat ini sarat dengan mutiara ilmu hasil pengalaman dan pandangan penulis sepanjang kehidupannya.

Membaca mukaddimahnya sahaja sudah cukup mengujakan.

Banyak kata-kata penulis membuatkan saya muhasabah diri. Terutama apabila melihat keazamannya yang tinggi dalam menuntut ilmu serta penelitiannya dalam menjaga keberkatan rezeki. Masya Allah..

Dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar juga penulis menyeru supaya kita bersama-sama menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita mengenal mana yang baik dan mana yang buruk. Hanya melalui jalan ini kita dapat melaksanakan tugas (amar makruf nahi munkar) dengan lebih baik.

Hendak tunggu sehingga diri cukup ilmu dan sempurna tidak akan dapat tercapai melainkan ianya berlaku beriringan.

Tertarik dengan hadis ini :

"Sesungguhnya Allah, malaikat-Nya, penduduk langit dibumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (agama)." [Riwayat Tirmizi, 5/50 : Tirmizi : Ghorib, Albani : Sahih]

Selain itu dapat saya lihat motivasi diri penulis sangat tinggi dan beliau menukilkan kata-kata ini di akhir mukaddimahnya :

Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu di kemudian hari.

Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.

Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul kerana ia juga akan tamat dan menjadi punca hasad dengki.

Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul kerana mereka akan mati jua.

Jadikan Allah, Rasul-Nya dan syurga yang dijanjikan-Nya sebagai motivasi, nescaya Allah tidak akan mati dan janji-Nya tidak akan mengecewakannya. (m/s 24 - 25).

Titip beliau lagi, aturlah perancangan dengan betul dan bukan secara spontan tanpa hala tuju yang jelas bagi memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Bab-bab seterusnya menceritakan pengalaman beliau di alam kampus, di alam pekerjaan serta pengalaman-pengalaman hidup yang sangat bermanfaat dikongsi bersama.

Barakallahufik.

5 ulasan:

  1. alhamdulillah, terima kasih kerana membaca, mengambil manfaat dan mengulas serba ringkas

    BalasPadam
  2. Masya Allah.. jazakallah ustaz atas kunjungan ke sini. Barakallahufik.

    BalasPadam
  3. Nak jugak beli buku ni!..tgh kumpul duit

    BalasPadam
  4. Buku ni pun nmpak menarik.. InsyaAllah bakal jadi bacaan nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca, jangan tak baca ^_^ Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

      Padam