Khamis, 10 Januari 2013

"Story Sack " Si Raja Rimba !

Cubaan pertama membuat karung cerita atau "story sack". Alhamdulillah berjaya juga projek mini ini dilaksanakan. Saya menggunakan buku Si Raja Rimba tulisan Pn Zulina Hassan terbitan Galeri Ilmu.

Buku ini sangat menarik kerana berwarna penuh dan ilustrasi yang cantik. Ceritanya berdasarkan fakta dan di akhir cerita disertakan 18 fakta mengenai singa.



Apa yang ada dalam karung cerita ini :

1 - Buku Si Raja Rimba
2 - Penanda buku tema singa
3 - Join the dot
4 - Templat singa untuk ditulis fakta mengenai singa
5 - Maze
6 - Topeng singa untuk diwarnakan dan digunting
7 - Jigsaw puzzle singa
8 - Beg karung (pinjam beg kids and cash) ;) 
* Ada lagi satu - permainan bahasa tetapi saya tidak sempat ambil. Cipta seberapa banyak perkataan daripada frasa
SINGA SI RAJA RIMBA

Karung cerita saya yang pertama :)
Moga ada manfaatnya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan