Jumaat, 4 Januari 2013

Ibu Kool Bapa Hebat ~ Jamilah Samian

Judul buku : Ibu Kool, Bapa Hebat
Penulis : Jamilah Samian
Penerbit : True Wealth
Bilangan muka surat : 256
Harga : RM39.90
Tarikh baca : 20 Disember 2012 - 2 Januari 2013

Ilmu keibubapaan adalah sesuatu yang bukanlah seratus peratus diperolehi secara natural atau semulajadi. Ia merupakan ilmu yang perlu dicari, dipelajari dan dipraktikkan. Penulis berkongsi pengalaman membesarkan 6 orang anak (seorang perempuan dan lima lelaki).

Bagi menjadi ibu kool, bapa hebat keperluan diri sendiri dan anak harus diseimbangkan. Ini yang mungkin membezakan pengalaman seseorang ibu bapa dengan ibu bapa yang lain. Ada orang menganggap membesarkan anak merupakan pengalaman yang berharga dan menyeronokkan. Ada orang sebaliknya :)

Perkara yang kecil boleh menjadi besar maknanya malahan latar belakang kita menerima didikan sewaktu kecil dahulu mempengaruhi tindakan dan cara didikan kita hari ini. Penulis turut berkongsi cara menangani isu remaja.

Anak bongsu Pn Jamilah, Siraj kini berjaya mempunyai perniagaan sendiri dalam usia yang amat muda. Siraj' Cookies kini semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Saya pernah membeli biskut Siraj sewaktu pameran di Konvensyen Fiqh yang pertama di PWTC :)

1 ulasan:

  1. Sya baru mahu bertanya tentang buku ini kepada Aina, sudah baca atau belum. tup tup sudah kelaur reviunya. Saya sekarang sedang mengamati Tips Groovi Mendidik Generasi Y dan Z

    BalasPadam