Rabu, 2 Januari 2013

Kisah Rasul Pilihan 1 ~ Prof Saedah Siraj

Tajuk buku : Kisah Rasul Pilihan 1
Penulis : Prof Dr Saedah Siraj
Penerbit : Inteam Publishing
Harga : RM28.00
Sumber beli : www.stormreaders.net/ummukhaulah
Tarikh baca : 2 Januari 2013

Pertama kali melihat buku ini semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Tidak silap saya buku ini dibeli oleh seorang rakan pengkarya guru.



Saya baru selesai membaca buku ini. Bersaiz segi empat sama (square) buku ini berwarna penuh dan mempunyai tulisan jawi dan tulisan rumi. Dalam siri pertama ini ada 3 orang rasul yang diceritakan iaitu Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Ayub.

Sebelah kiri hanya ilustrasi dan di sebelah kanan ialah cerita. Sangat menarik buat permulaan anak-anak ingin mengenal tiga orang nabi ini. Buku ini sesuai juga dibacakan sebelum anak tidur, semoga kita dan mereka dapat mengambil ibrah dari sirah nabi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan