Rabu, 17 September 2014

Rak buku @ mini library

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini cuba menyusun semula sebuah rak buku yang semakin semak dan sesak dengan buku yang tidak tersusun. Oh, sakit mata melihatnya. Sebenarnya ada lagi beberapa buah almari tapi buat-buat pejam mata sahajalah. Tenaga belum pulih sepenuhnya. Ini pun sudah termengah-mengah. Hee..

Cubaan pertama, kononnya mahu menyusun buku mengikut warna tetapi ruang tidak cukup. Waaaahh, perlukan almari baru lagi [alasan]. Ini gara-gara terpengaruh dengan gambar koleksi buku dan rak buku para pembaca buku tegar di laman internet dan Instagram :D


Setelah difikir-fikir, tidak dapat tidak. Buku-buku terpaksa juga berhimpit berlapis-lapis dalam almari.



Dan, eh, ada pula baki ruang! Hehe..

Adik sudah bising. "Buatlah direktori buku . Senang nak cari." Err.. walaupun saya seorang guru perpustakaan tapi kerja membuat direktori (@stok buku) sangatlah mengambil masa. Nantilah ya. Saya cuba usahakan selama bercuti ini. Insya Allah. Harap-harap permohonan cuti menyusu saya diluluskan nanti ;)

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum aina dayana :)

    Berkenalan di goodreads membawa ke blog. Alhamdulillah. Dan saya sangat teruja dan cemburu tengok buku yang banyak ni :) Aina mengingatkan sahabat saya. Dia pun punya almari buku yang sama. MasyaAllah buat saya semangat untuk terus kumpul, baca dan punya mini library sendiri. Itu impian di antara impian lain :)

    BalasPadam