Rabu, 3 Disember 2014

Buku 75 : Kafe Damia oleh Moon Leeya Zafrina






Bismillahirrahmanirrahim.

Bila ternampak buku ini di rak perpustakaan saya terus capai. Mungkin kerana sudah lama tidak membaca buku Jemari Seni dan penulis juga menjadi rakan di laman sosial (walaupun tidak pernah kenal. :))

Beberapa minggu ini ialah minggu yang sibuk dengan persiapan program yang dianjurkan dalam cuti sekolah dan ya, mujur buku ini pilihan yang 'baik' kerana tidak banyak konflik dan jalan ceritanya tidak memeningkan kepala.

Kisah persahabatan sejak dari zaman sekolah hingga melangkah ke dunia pekerjaan. Selalu bergaduh bagaikan anjing dengan kucing namun ia tidak menjejaskan perasaan yang terpendam yang tersimpan dalam hati masing-masing, Liya dan Zafran.

Mujurlah, penulis tidak mencipta konflik yang pelik-pelik. Jika tidak memang saya tak dapat teruskan pembacaan. Sebab sudah lama tidak membaca buku seperti ini. heee....

Satu sahaja terlintas, nama judul Kafe Damia tetapi tidak banyak isu yang dapat dikaitkan dengan judulnya :)

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum :) Terima kasih kerana sudi mendapatkan Kafe Damia dan untuk ulasan ini. Kita kawan di facebook ye? Nama fb apa? Tajuk tu tajuk yang dicadangkan oleh JS. Kalau ikutkan tajuk asalnya di blog Bertemu Cintaku :) Terima kasih sekali lagi ye.

    BalasPadam