Ahad, 4 Julai 2010

Travelog Cinta Abadi : Masa yang Berlalu

[Gambar diupload kemudian..]

Hujung minggu yang sibuk tetapi seronok. Pertama, semua adik-beradik balik berkumpul dan keluarga Long juga datang berkunjung (dengan membawa menantu baru). Kedua, turut serta dalam mukhayyam Kelab Jqaf sekolah suami. Ketiga, almari buku yang baru sudah sampai! Makanya, hari ini sepanjang petang duduk mengemas buku dan segala macam benda sehingga pening kepala. Bau durian juga begitu menusuk. Aduh!. Bila dah siap kemas, rasa macam kedai buku pula :D

Walaupun melalui hujung minggu yang meletihkan, sempat lagi saya khatam sebuah buku. Akhirnya berjaya juga saya membaca buku sehingga habis. Travelog Cinta Abadi ; Masa yang berlalu tulisan Roza Rozlan ini yang merangkap sayap kiri Prof Muhd Kamil telah saya ambil masa selama 3 hari.

Seronok menelusuri catatan kehidupan penulis. Ia mengingatkan saya juga kepada kenangan sewaktu kecil dan menginjak ke remaja. Meskipun zaman berbeza namun ada yang dilalui hampir sama.

Hidup ini indah dan penuh warna-warni namun ia tidak kekal selamanya. Suka duka dan pahit manis adalah realiti kehidupan yang ditempuh oleh semua orang. Allah telah menetapkannya begitu.

Doa-doa yang dicatatkan penulis membuatkan saya rasa terharu betapa keyakinan terhadap kuasa Allah telah tertanam dalam diri penulis sejak kecil lagi. Ia bukan sekadar ucapan tetapi juga lafaz harapan. Setiap orang mampu berubah kepada yang lebih baik asalkan ada kesungguhan dan minat. Itu antara yang dapat saya kutip melalui buku ini. Terima kasih penulis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan