Sabtu, 17 Julai 2010

Murabbi Cinta


Sumber gambar : Laman sesawang Galeri Ilmu

Banyak sisi pandang dalam kehidupan yang kita sering terlepas. Sedikit sebanyak pengalaman mahupun teguran dari penulis membantu diri bermuhasabah. Pendekatan yang santai tetapi amat bermakna dikongsi bersama khalayak pembaca. Seperti buku-bukunya yang terdahulu Ustaz Hasrizal mengajak para pembaca berfikir melalui artikel yang ditulis ringkas tetapi padat.


Saya tersentuh dengan cabaran mendidik anak di zaman global kini. Walau bagaimana cara sekalipun ibu bapa cuba untuk mengawal pengaruh hedonisme dan materialistik, ia tetap akan berlaku kepada anak kerana banyak lagi pengaruh luar yang berada di luar kawalan kita.


Penulis banyak berkongsi kaedah dan pendekatan yang digunakan secara langsung dan tidak langsung dengan anak-anak. Apa pun saya lihat sifat SABAR adalah kunci kepada pendekatan mendidik anak-anak yang masih kecil.


Saya tidak pandai mengulas lanjut mengenai buku ini tetapi saya syorkan kepada ibu bapa mahupun individu yang belum berumahtangga untuk dibaca sebagai panduan dan persediaan dalam meniti cabaran kehidupan hari ini dan akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan