Ahad, 5 Julai 2009

"Semai Kasih, Semai Sayang"

Dua hari lepas (3 Julai 2009), saya dan suami menghadiri satu ceramah mengenai perkahwinan di Batu Berendam, Melaka. Program bermula jam 8.30 malam dan dijangka berakhir pada pukul 10.30 malam (tetapi disebabkan terlalu menarik, program tamat pada jam 11 malam ;>). Kami berdua agak tergesa-gesa untuk hadir kerana suami perlu mengambil saya dari KL pada hari tersebut. Alhamdulillah, kami dapat juga tiba ke tempat program walaupun lewat setengah jam (n_n).

Ceramah bertajuk Semai Kasih, Semai Sayang disampaikan oleh Pak Utih (@ nama sebenar : Ahmad Shafiai Uda Jaafar) adalah anjuran JIM Melaka dan program ini sangat menarik dan berinformasi terutama bagi mereka yang telah berkahwin mahu pun belum berkahwin :) (Jazaakallah khairan kathira pada Cikgu Fazlina yang “forward” mesej pada kami).

Ceramah banyak menyentuh mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan dan saya kira objektif program ini sedikit sebanyak berjaya memberi ilmu dan kesan kepada hubungan dan komunikasi antara suami dan isteri :) Sering kali terjadi perbezaan antara suami dan isteri sehingga membawa kepada perselisihan faham dan seterusnya menjadi asbab bagi sebahagian kes-kes penceraian :’(

Suka untuk saya berkongsi dengan anda apa yang saya perolehi dari program tersebut :)
# Baru saya tahu jika jari manis melebihi daripada jari telunjuk, bermakna seseorang itu mempunyai hormon tetosterone yang lebih dalam badannya. Lihat gambar di sebelah kiri ini(sumber gambar dari sini).

Dan semasa saya melayari internet untuk mencari gambar di sebelah, alangkah terkejutnya saya melihat rupa-rupanya telah banyak kajian dijalankan mengenai jari manis dan jari telunjuk ini. Menakjubkan! Subhanallah. Anda boleh rujuk di sini untuk melihat artikel berkaitan :) Ada yang mengaitkan jari manis dan jari telunjuk dengan keupayaan kanak-kanak lebih bijak dalam matematik atau bahasa, dan ada juga yang mengaitkan dengan keupayaan seseorang untuk maju dalam hidup ataupun tidak.


Sumber gambar : dari sini

# Selepas bayi lahir, otak bayi perempuan lebih cepat matang daripada bayi lelaki. Dan otak akan berkembang dari kanan ke kiri. Sebab itulah kita lihat kebiasaannya kanak-kanak lelaki ada yang lambat bercakap atau bercakap pelat berbanding kanak-kanak perempuan yang lebih petah menguasai bahasa :)

Secara umumnya, otak kanan berfungsi dalam seni, visual, warna, emosi, ton suara, ekspresi, gerak badan, bentuk, corak dan lain-lain manakala otak kiri pula lebih fokus kepada membaca, menulis, mengira, lisan, amalan, perician, dan susunan.

# Oleh itu, pada peringkat awal lagi telah banyak perbezaan antara Lelaki dan Perempuan yang Allah jadikan.

Pertama, telinga.

Bagi perempuan, KEDUA-DUA telinga berfungsi sedari awal. Tetapi bagi lelaki, hanya KANAN sahaja yang lebih "pick-up". Bolehlah dikatakan telinga kiri lelaki kurang peka berbanding telinga kanan. Mungkin sebab ini jugalah perkembangan bahasa kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki kerana mereka dapat mendengar menggunakan kedua-dua belah telinga sekaligus dapat membezakan bunyi yang didengar.

Kedua, mata.
Mata lelaki lebih fokus dan berpandangan jauh. Perempuan pula "wide-angle". Pandangan matanya lebih menyeluruh. Bak kata penceramah, perempuan ni kalau masuk ke shopping complex semua benda dia nampak. Walau pun jalan pandang ke hadapan, tapi hiasan di complex tu semua dia boleh lihat dengan baik ;)
Apa yang menarik ialah warna bagi lelaki hanyalah terhad kepada warna-warna yang tertentu. Tapi bukanlah maksud saya lelaki "buta warna". Huhu.. Kita lihat orang perempuan kalau sebut pasal warna. Tak sah kalau pakaiannya tak matching dari kepala sampai ke kaki ;p Tudung, baju, stokin dan kasut kalau boleh nak sedondon.. ye tak? Mungkin sanggup tak keluar rumah kalau pakaian tak match :)
Baik, nanti kita tengok fungsi hidung dan tip-tip lain dari Pak Utih . . . ^_^
To be continue. . .

3 ulasan:

  1. salam Aina,
    daya pertuturan wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Ini disebabkan banyak sel untuk menyokong pertuturan tersebar diseluruh bahagian otak sedangkan sel tersebut hanya berada pada satu tempat di bahagian otak lelaki. Oleh kerana itu, jikalau Aina perhatikan orang lelaki yang terkena strok, mereka tidak akan boleh bercakap berbanding jikalau perempuan yang terkna strok, mereka masih boleh bercakap. Sumber ini saya perolehi daripada buku revolusi IQ, EQ SQ karya Taufik Pasiak terbitan PTS. Bagus buku tersebut kerana ia banyak berbincang mengenai otak, perbezaaan berfikir antara lelaki dan perempuan dari segi pemikiran dan pendek kata buku tersebut berkisar tentang kajian neurologi dari sudut pandang islam.

    BalasPadam
  2. Menariknya! Insya Allah Aina akan cari buku ni. Cuma sekarang banyak buku lagi dalam 'senarai menunggu' :D Terapi Solat Tahajud sebenarnya dibaca berhenti-henti :D Syukran Welma :)

    BalasPadam
  3. Haha.

    Terapi Solat Tahajud tu memang betul2 memerlukan kesungguhan tahap tinggi. Bagi saya, sangat susah untuk memahaminya. Sekurang-kurangnya kita perlu ada basic tentang sistem otak, baru kita boleh memahami buku Terapi Solat Tahajud dengan baik. Saya selalu berfikir, kalaulah saya membaca Revolusi IQ EQ SQ dahulu, kemudian baru disusuli degan Terapi Solat Tahajud, pasti saya tidak mengalami kesukaran dalam membacanya.

    BalasPadam