Isnin, 13 Julai 2009

Fasa kedua - Hari Keenam Praktikum (",)

Semangat berkobar-kobar mahu ke sekolah hari ini walaupun terasa sedikit kecut perut kerana pensyarah pembimbing kononnya mahu observe hari ini. Masih lagi ajar pemahaman dengan tema "Kekeluargaan". Hari ini saya tambah baik lagi cara P&P saya kerana mengambil kira pengajaran daripada "cat" menjadi "kucing" minggu lepas (phew..).

Guru membacakan terlebih dahulu petikan yang ada dan kemudian murid-murid ikut membaca petikan tersebut. Selepas itu murid-murid membaca bergilir-gilir secara rawak dipilih oleh guru. Dalam masa yang sama saya menjelaskan perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh murid. Antara perkataan yang tidak mereka fahami tadi ialah mengelap dan menyiram.


Untuk pengukuhan, saya menjalankan lakonan untuk murid-murid lebih memahami petikan di atas. Subhanallah, saya sangat seronok melihat murid-murid 5A ini. Mereka memang sangat kreatif berlakon :D Saya sendiri tidak menyangka mereka pandai mencipta dialog sendiri. Props kereta yang saya buat daripada polestrin sangat menarik minat mereka ;)

Akan tetapi, hanya dua orang daripada empat orang murid yang dapat menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan tanpa bantuan guru. Hmm..apa saya nak buat lagi ya?...
Dan pensyarah tak jadi observe saya hari ini sebaliknya dia akan observe esok. Hanya Jasmine sahaja yang diobserve tadi.
Jumpa lagi.
AdH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan