Sabtu, 24 September 2011

Travelog Hidayah (Muhammad Rasyidi)



Sumber gambar : Goodreads


Orang bijak ialah orang yang mengingati kematian!



Ramai orang tahu agama tetapi tidak mengamalkannya kerana tiada penghayatan. Allah...



Hidayah itu perlu kita cari bukan duduk menanti sehingga hidayah sendiri datang kepada kita..Ya, dunia ini adalah persinggahan sebelum kita ke dunia yang kekal abadi. Kita tahu tapi tidak mahu mengambil inisiatif membawa bekal sebanyak-banyaknya untuk ke sana. Tercicir di sana tiada apa yang dapat menolong.



Jazakallah penulis..menjentik kesedaran pada hati dan minda diri..BESARnya nikmat Allah selalu sahaja didustakan. Nikmat ISLAM yang ada ini perlu dihargai, dijaga, dijiwai, disuburkan. Moga matiku dalam husnul khatimah. Amin..

Rabu, 21 September 2011

The Wind Blows (I Wonder Why Series)



Saya suka baca buku-buku dalam siri ini. Pertama kali jumpa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun 2008. Kemudian baru-baru ini di Karnival Pendidikan Melaka di MITC (sempat dipromosi oleh pekerja mereka. Mahal sangat. Beribu! Huhu..saya tak mampu). Dan eh, ada di perpustakaan sekolah rupanya! Alhamdulillah. Boleh jimat sedikit. Hehe.. Saya tak tahu nak buat ulasan bagaimana jadi saya letakkan poin-poin menarik (bagi saya) yang saya kutip dari buku ini :

# Birds can't fly ~ Emu, Rhea andOstrich



# Himalaya means "home of the snow".

# The highest mountains in each continent :


# Scientist who study earthquacke is called seismologist.

# People who like to explore the secret world of underground tunnels and caves is called patholers.

# The longest river in the world : Nile River (6679m).

# The shortest river in the world : D River (37m).

# To find out how far away a storm is count the number of seconds between the lightning and the thunder. the storm is 1 KM away for every seconds you count.



Tapi kan saya terfikir juga ya, semua fakta ini dibentangkan dari Barat. Kebanyakan kajian yang saya baca datangnya juga dari Barat. Semalam ada seorang rakan memberitahu rupa-rupanya buah tembikai adalah makanan sunnah dan sesiapa yang memberi makan buah tembikai kepada orang lain akan mendapat pahala. Oh, saya tidak tahu mengenai hadis ini. Aduh, begitu ceteknya ilmu saya. (Saya mahu cari sumber hadis ini untuk memastikannya.) Kata rakan saya ini lagi, selama ini kita dihidangkan dengan fakta dan 'mind-set' bahawa tembikai ini banyak keburukannya seperti 'panas dalam', boleh menyebabkan batuk dan sebagainya tetapi rupanya banyak khasiat yang memberi manfaat kepada kita. Misalnya membersihkan gigi dan membantu penhadaman perut. Wallahualam.

Ahad, 4 September 2011

Makan Gaji tetapi Kaya

Buku ini saya beli awal tahun ini sewaktu dalam fasa menyusun kembali aliran kewangan keluarga. Namun baru hari ini saya dapat tamatkan pembacaan. Memanglah sebelum ini aliran wang keluar masuk dicatat dalam buku tetapi sewaktu saya 'bercuti' kerana berpantang melahirkan Khaulah, habis semua tidak didokumentasikan (heh, macamlah duit banyak sangat. Huhu)

Kenapa saya bekerja? Oh, itu soalan yang subjektif ye. Anda juga mempunyai sebab sendiri untuk bekerja kan? Mungkin untuk menyara hidup, keluarga, kepuasan diri, membayar hutang atau sebagai hobi.

Buku ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada saya yang memang cetek ilmu dalam hal-hal pengurusan wang. Memang makan gaji kita tidak boleh kaya sangat tetapi kita masih boleh hidup dan dapat menjalani kehidupan dengan baik (mungkin :)).

Antara tip yang disyor oleh penulis ialah menjadi pekerja super. Apa yang dimaksudkan dengan pekerja super? Pekerja super ialah pekerja yang mempunyai cukup kelayakan dan pengalaman. Ada nilai tambah lain iaitu bersikap jujur dan taat setia. Bekerja melebihi apa yang sepatutnya juga boleh menambah keberkatan. Ha, satu lagi isu yang timbul. Kita perlu mencari rezeki yang halal lagi BERKAT. Jika ingin diulas, panjang lebar pula nanti mengenai isu berkat ini. Tentu saudara-saudari sekalian mafhum mengenai keberkatan dalam mencari rezeki kan. Mungkin saya dapat ulas di lain entri.

Dalam bekerja makan gaji, sudah pasti dilema yang dialami adalah sama. Meskipun kita akan menerima kenaikan gaji tetapi perbelanjaan juga tetap akan naik. Bagaimana sekiranya kita jatuh sakit atau kemalangan? Bagaimana mahu menampung kehidupan keluarga kita? Huhu...memang persoalan ini wajib difikirkan terutama saya yang makan gaji ini.

Bebaskan diri daripada belenggu hutang. Bak kata penulis, hutang itu ibarat racun yang mengikis kebahagiaan masa hadapan kita. Bebaskan diri dari hutang tidak perlu. Berbelanja juga tidak melebihi 70% daripada gaji.

Saya sangat tertarik dengan formula 10% dibayar kepada diri sendiri (seperti reward yourself) dan 20% lagi untuk tabungan kecemasan. Seeloknya buatkan akaun berasingan bagi setiap bahagian. Secara mudahnya mengikut kefahaman saya ialah seperti ini :

Misalnya gaji yang diterima ialah RM2000 sebulan. Maka bahagikan kepada 3 pecahan :

Akaun 1
(akaun gaji dimasukkan) : RM1400 (setelah ditolak simpanan akaun 2 & 3)

Akaun 2
(10%-reward yourself) : RM200

Akaun 3
(20%-kecemasan) : RM400


Maka perbelanjaan bulanan mestilah tidak melebihi wang di dalam akaun 1.

Duit yang ada dalam akaun 3 kita simpan sehingga menyamai 6 bulan gaji bermakna kita akan mengambil masa selama 30 bulan untuk menjadikan jumlah sebanyak RM12 000. Menurut penulis, setelah menyamai 6 bulan gaji kita tidak perlu lagi memasukkan ke dalam akaun 3 pada bulan hadapan. Tetapi pada masa yang sama akaun 2 tetap dimasukan 10% tadi. Tapi terpulanglah kepada anda. Buku ini hanya memberi cadangan dan panduan sahaja :)

Baik, jika anda ingin melabur, bolehlah digunakan akaun 2. Carilah pelaburan islamik supaya menepati syarak dan kita juga selamat dunia akhirat.

Untuk menambah simpanan, ikut formula yang 'senang' : kurangkan perbelanjaan! Namun, mana mungkin dengan situasi kini di mana harga barang semakin naik. Kuasa membeli kita sebagai pengguna semakin kecil dan kita harus bijak merancang (Hj Mahdzir Md Isa). Disarankan mencari pendapatan alternatif. Hm..berniaga? Saya rasa saya tidak pandai berniaga. Tiada skill :) Penulis ada mencadangkan hartanah sebagai pendapatan sampingan. Bagaimana caranya? Anda dapatkanlah buku ini kerana banyak lagi isi-isi yang tidak dapat saya coretkan di sini tetapi bermanfaat untuk kita insya ALLAH.

Palestin Kami Datang!


Judul buku : Palestin Kami Datang!
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Penerbit ; Telaga Biru (2010)


Berikutan daripada peristiwa pencerobohan tentera zionis ke kapal Mavi Marmara mencetuskan idea kepada penghasilan buku ini. Penulis mengumpul maklumat secara langsung dari sukarelawan yang pergi juga melalui ahli keluarga terbabit, media dan keratan-keratan berita.

Sadis, kecewa, amarah, jihad, terharu dan pelbagai rasa lagi tatkala membaca buku ini. Apatah lagi mereka yang berhadapan secara langsung di tempat kejadian! Bayangkan juga berdekad-dekad lamanya rakyat Palestin diselubungi ketakutan akibat serangan zionis. Ya Allah, terbit keinsafan di dalam hati.

Antara yang saya tertarik ialah soalan Sheikh Ra'id Solah : Kenapa sehingga hari ini tidak dibina lagi rumah ibadat Haikal? Ya, mengapa? Kerana para zionis ingin mengambil keseluruhan tanah dan tapak masjidil aqsa dan kemudian barulah didirikan rumah ibadat mereka itu.

Kemenangan pasti tiba! Insya ALLAH.

Sabtu, 3 September 2011

Ulat buku 2


Entah berapa banyak kad ahli perpustakaan yang kami ada. Perpustakaan desa, perpustakaan awam daerah, perpustakaan sekolah, perpustakaan bergerak (ada lagi ke perkhidmatan ni?).. Jadi banyaklah buku yang dapat dipinjam dan...banyak jugalah yang hilang!... :(hampir setiap kali nk pulangkan buku kami dah pucat lesi sebab tak ingat di mana letaknya sesetengah buku. Hm.. Memang kena marahlah dengan ayah. Nak buat
macam mana, dah hilang kenalah ganti. Duit lagi.. Akti
viti meminjam di perpustakaan ini berlaku sehingga tamat sekolah rendah sahaja.

Selepas saya ke sekolah menengah, aktiviti membaca itu sangat kurang kerana sibuk dengan pelajaran dan aktiviti sekolah. Kedua, kerana saya tidak menggemari novel melayu waktu itu yang pada anggapan saya banyak "cintan-cintun". Saya beralih kepada buku bahasa inggeris yang tahapnya sesuai dengan saya dari segi pemahamannya :) Contohnya komik Tintin, majalah Quest, siri Enid Blyton, Fear Street, Goosebumps dan siri penyiasatan dalam bahasa inggeris.

Berbalik kepada masa kecil dahulu, ayah selalu bawa pula
ng bahan bacaan berbentuk buku cerita nipis, novel penyiasatan atau majalah. Antara yang saya ingat majalah Bambino, Kuntum, Young Generation dan Mingguan Kanak-kanak. Ironinya, ada satu karya saya tersiar dalam Mingguan Kanak-kanak itu tapi tak dapat cenderahati pun sebab rupa-rupanya itu edisi terakhir. Gulung tikar atau kenapa say
a pun tak tahu. Tak mengapalah walaupun sedikit kecewa :D

Sekarang semua buku zaman kanak-kanak dulu ayah dah jual *sob sob*. Jual waktu karnival Pendidikan Khas beberapa tahun lepas. Heh, habis licin orang beli.

Ini rupa almari buku yang sekarang. Lama tak berkemas. Serabut nampaknya. Ada lagi satu rak, tumpang di serambi rumah. Ayah kata, "Esok dah ada rumah sendiri, angkutlah almari-almari buku ni" *hee...* Ini pun almari tak cukup. Ada juga buku-buku saya di rumah mertua. Haiya..


Sabtu, 20 Ogos 2011

Ulat buku 1



Macam mana saya minat membaca? Entahlah.. rasanya faktor terkuat ialah peranan ayah dan emak. Waktu kecil saya dan adik-adik tidak ke sekolah tadika (kecuali yang bongsu). Kami duduk di rumah dengan nenek dan datuk sementara emak dan ayah pergi bekerja. Emak dan ayah belikan permainan lego dan brick games supaya kami tidak keluar main di luar. Lagipun waktu itu sedang heboh kes penculikan kanak-kanak, kami pun takut nak keluar rumah. Padahal duduk kampung.. Mungkin itu juga penyebab mengapa kami adik-beradik pemalu *hehe* dan kurang keyakinan diri sewaktu mula-mula masuk sekolah *opss.."




Saya tak merasa tadika di sini (tadika kampung saya)

Umur saya lima atau enam tahun, ayah belikan sebuah meja belajar yang kecil berbentuk segi empat. Muat untuk kami tiga beradik (waktu itu yang bongsu belum lahir). Masing-masing ada laci dan kerusi comel. Warna-warni ; biru, kuning dan merah. Wah, bukan main semangat! Hari-hari duduk di situ. Makan, minum, baca buku, conteng-menyonteng hatta bergaduh pun di meja itu. *Erk..*

Saya masih ingat, suatu hari ayah latih saya seolah-olah berada di kelas. Ayah mengajar sesuatu dan saya duduk belajar. Kemudian ayah mengajar cara-cara minta izin dari guru untuk ke tandas, cara betul menulis, letak beg di mana, dan tumpu perhatian dalam kelas. Rupa-rupanya esok saya di bawa oleh ayah ke sekolahnya. Saya masuk darjah 1 tumpang. Oh, saya menumpang kelas tahun 1. Hehe..

Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak pernah ke sekolah dan tiada kawan. Dunia saya sebelum ini hanya keluarga, nenek dan datuk. Jadi saya sangat pemalu dan rendah diri. Apa yang diajar oleh guru pun saya tak fokus. Saya jadi penakut *hmm*. Tapi yang pasti saya sudah boleh membaca apa yang guru tulis. Tiba waktu rehat, saya menangis bila nampak ayah. "Nak baliiiikkkk...huhuhu".




Sumber gambar : blog JQAF SKM1
Wah, sudah ada pintu gerbang! Dulu-dulu tembok batu biasa sahaja :)

Saya tak ingat berapa lama saya menumpang di sekolah itu. Tapi sekejap sahaja belajar. Tidak lama kemudian, ayah bawa lagi saya ke sekolah. Tapi kali ini saya duduk di perpustakaan. Seorang diri. Aduh.. saya pun mulalah membaca buku. Sampai satu tahap saya bosan. Nak balik rumah lagi. Haha..

Baik, entri akan bersambung lagi insya Allah :)

Selasa, 19 Julai 2011

Putera Danish & Villa Fantasi




"Pengetahuan dapat menghilangkan ketakutan. Sekiranya kita tahu apa yang akan kita hadapi, kita tidaklah takut sangat."




Wah, saya tidak menyangka kata-kata ini begitu melekat di hati :D