Jumaat, 21 Ogos 2015

RakBuku2015 (41) Multiple Intelligences for Islamic Teaching

Sumber gambar : sini


Bismillahirrahmanirrahim


Tajuk buku sangat menarik minat saya ketika mula-mula ternampak di laman sosial seorang rakan. Tetapi disebabkan saya sedang menahan diri dari membeli apa-apa buku ketika itu, terpaksa saya pendam dahulu hasrat tersebut.

Alhamdulillah dapat juga memiliki buku ini.

Membaca buku ini mengingatkan saya kepada buku 100 Panduan Mengajar Bahasa  terbitan ITBM (pernah diulas tahun lalu). Saya suka buku sebegini. Ringkas. Terus kepada tema, tajuk, objektif dan cara pelaksanaan aktiviti.

Mempunyai 24 bab kecil merangkumi pelbagai topik seperti akidah, rukun Islam, tafsir surah dalam al-Quran dan konsep syukur. Buku ini mengambil pendekatan menggabungkan kecerdasan pelbagai Howard Gardner dengan Intellectual Quotient (IQ) dan Spiritual Intelligence (SI).

Banyak sekali cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Cuma, ya, gambar ilustrasinya tiada. Jadi, untuk orang visual seperti saya adakalanya perlu berhenti sejenak membayangkan bagaimana aktiviti ini dijalankan. Mungkin itulah konsep yang sesuai untuk buku ini. Sekiranya dibantu dengan sokongan visual khuatir mengganggu tumpuan pembaca. Mungkin. Sekadar andaian saya :)

Tambahan lagi, kebanyakan aktiviti yang dicadangkan tidak menelan belanja yang banyak. Ia hanya menggunakan apa yang ada di persekitaran.

Sangat disyorkan untuk ibu bapa dan guru. Semoga bermanfaat.


Tiada ulasan:

Catat Komen