Selasa, 27 Mei 2014

Buku 21 : Impiana 2 oleh Ain Maisarah





Aish. . Sudah dua kali tamatkan bacaan dua novel Impiana pada waktu tengah malam. Seram pula rasanya. Err. .. ulasannya menyusul kemudian.. :)

+++

Bismillahirrahmanirrahim.

Buku ini adalah siri kedua dalam siri Impiana (Saya baca versi edisi kemas kini). Penulis bijak mengadun cerita. Jika terlepas membaca siri 1 masih dapat mengetahui apa yang telah berlaku sebelum ini.

Kali ini watak Amir, abang kepada Ina (sahabat baik Farah) banyak mendominasi tempat. Tanpa disangka, Fasha pulang dari London bertemu semua rakan The Wannabes dan beberapa rakan rapat.

Pertemuan semula di rumah Fasha rupanya ingin membincangkan mengenai dendam Mimi Monira Badak Air yang telah mengena 5 orang daripada mereka. Kali ini Pai'e pula tertunai impiannya menjadi lebih popular daripada Mawi.

Apa yang paling mengejutkan sebenarnya Fasha telah berubah imej dengan menutup aurat :) Siapa sangka ya, ketua The Wannabes yang sombong dan berlagak itu sudah berubah.

Hmm..demi menyelamatkan Fahrin daripada ditahan sebagai pesakit mental selama - lamanya dan menahan Pai'e lebih popular dari Mawi, Fasha mendaftar dua impian dengan Syarikat Impiana. Kali ini Amir rela membantu. Dalam diam, Amir ialah seorang pegawai perisikan yang telah lama menyiasat operasi Syarikat Impiana.

Nama pun bersiri. ...saspens belum berakhir lagi. Huwaa...

Moralnya kita seharusnya berbuat baik dengan semua orang tidak kira rupa paras, pangkat dan kejayaan. Doa orang yang di zaimi makbul. Namun dendam yang di simpan sebenarnya lebih memakan diri. Cukuplah kita bersyukur dengan apa yang ada kerana bersikap berlebih-lebihan boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan