Rabu, 30 Mei 2012

Buku oh buku

Dalam beberapa minggu ini lepas satu, satu buku dibaca tapi malasnya saya mahu buat reviu. Bagai tidak datang idea mahu buat ulasan. Mengapa ya? Mungkin saya rasa seperti tidak layak mahu buat ulasan untuk buku sebagus itu :) Baru saya sedar saya banyak membeli buku 'blook'. Eh, betulkah ejaan dan istilah yang saya gunakan ini? Bagi pengetahuan saya yang sangat cetek ini, blook ini ialah buku yang terbit "dari blog ke buku".

Saya sudah selesai membaca Bukan Sekadar Resipi (Roza Roslan), I Want To Be A Writer (Ummu Hani Abu Hassan) dan Diari Musafir Jangan Berhenti 'Berlari' (UZAR). Kini sedang mengulit Di Hamparan Shamrock (Ustaz Hasrizal).



Mungkin apabila 'semangat' menulis reviu saya kembali, saya akan kongsikan ulasan saya di sini insya Allah. Apa yang pasti saya mengutip banyak ibrah dari perjalanan hidup insan-insan istimewa ini. Mana ada orang berjaya tanpa melalui dugaan hidup. Cuma bezanya cara tanggapan seseorang terhadap ujian yang dihadapinya. Masih terlalu kerdil rasanya diri saya berbanding mereka.

Hanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam yang benar-benar insan yang kuat menghadapi dugaan hidup. Sehinggakan Allah memujinya di dalam al-Quran.

Bagi saya sejak lama dahulu saya 'mengagumi' para penulis kerana dikurniakan bakat untuk menulis dan dapat mencoretkan pelbagai cerita. (Ini kisah saya semasa kecil dahululah.) Tapi kini saya tahu bahawa ianya boleh dipeljari dan diasah. Bukan sekadar bakat sahaja.

Ada peribahasa Cina mengatakan : Dengan wang kamu hanya boleh membeli buku tetapi tidak boleh membeli ilmu. Dipetik dari dalam buku Mukmin Profesional (Ustaz Pahrol, Telaga Biru 2010)

4 ulasan:

  1. Aina,
    Wah, saya pun baru tahu apa itu blook. Pernah mendengarnya tetapi tidak pula terfikir untuk mengetahui lebih lanjut apakah ia.

    Seronoknya sudah membaca buku yang tebal2 itu. Saya pula tengah 'tinggikan gear' sekarang ni.

    Aina, jom kita belajar tulis buku. Saya rasa menulis ni belum lagi menjadi budaya di kalangan kita, tetapi kalau kita lihat orang indoneia, wah, mereka sangat suka menulis. Sebab itu kita lihat banyak sangat judul2 buku yang mereka keluarkan.

    BalasPadam
  2. Ya, Indonesia sangat banyak buku yang ditulis oleh penulis tempatan dan penterjemah mereka sangat aktif. Welma, saya memang sedang mengikuti satu kursus penulisan anjuran KPM dan MBKM sebanyak 4 siri. Memang agak sukar bagi saya pada awalnya tapi seronok kerana dapat menimba ilmu bagaimana menulis cerita kanak-kanak.

    Saya lihat di laman sesawang IBBY Malaysia juga banyak program penulisan. Cuba lihat. Tapi rasanya kursus penulisan telah bermula 19 Mei lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa link IBBY tu ya. Saya ke situ tadi, tapi tak jumpa pun tentang kursus penulisan ;)

      Padam
  3. Oh Welma, maaf.. Malaysia punya : http://www.mbby.net/ Ada di paparan home mereka aktiviti MBBY yang terbaru.

    BalasPadam