Isnin, 9 Januari 2012

50 Buku Setahun (2011)

Goodreads.com ialah satu laman sosial untuk pencinta buku yang telah saya sertai sejak Ogos 2008. Awalnya saya berjinak-jinak dengan Shelfari.com tetapi kemudian meninggalkannya kerana fungsinya yang terlalu terhad bagi saya.

Seronok berada di Goodreads. Tambahan lagi beberapa tahun kebelakangan ini muncul forum Goodreads Malaysia (GRMY) yang diketuai oleh barisan moderator yang "serius", kelakar dan sangat prihatin dengan bahasa serta dunia buku.

Dari sini juga saya mula mencambahkan lagi minat membaca dan peka terhadap perkembangan bahasa. Jika sebelum ini saya kurang mengambil berat isu singkatan bahasa di dalam SMS, tulisan dan sebagainya tetapi atas kesedaran yang timbul saya mula berhati-hati dalam menulis. Bahasa adalah jiwa bangsa!

Salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh GRMY ialah 50 Buku Setahun. Ahli-ahli boleh kemaskini senarai buku yang telah dibaca dalam setahun. Tidak ada paksaan untuk mencapai sasaran 50 buah buku tetapi ianya sebagai booster diri. Salah satu sebabnya saya kira ingin "melawan" statistik yang mengatakan rakyat Malaysia kurang membaca!

Sejak pertama kali dianjurkan pada (err...bila ya?) maaf, saya tak ingat.. rasanya 2009 (sila betulkan jika saya salah!) semakin tahun semakin ramai penyertaan ahli dan semakin banyak buku yang dibaca.

Contohnya cabaran 50 Buku Setahun tahun lalu (2011) :


Kak Aidura masih mengungguli carta beberapa tahun ini :) Tahun lalu dia berjaya menghabiskan bacaan 282 buah buku.

Aktiviti-aktiviti lain yang ada :

> Pertandingan mencipta logo baru GRMY
> Ganding Baca
> Bookswap
> Perjumpaan / reunion
> Buku Berimpak Maksima

dan lain-lain. Ramai juga penulis yang aktif di GR.

Jom sertai kami! :)

Tiada ulasan:

Catat Komen