Jumaat, 19 Februari 2010

MEON - Perang Terung Manggor #1




Judul komik : Meon - Perang Terung Manggor #1

Pelukis : JAS

Terbitan : PTS (2010)

Tebal komik : 100 muka

Harga : RM 6.90

Sumber : Beli di Popolar Tesco, Melaka

Tarikh baca : 17 Februari 2010

Cantik kulit depan komik ini, bukan? Pelukisnya juga adalah seorang animator. Seronok juga jika komik ini dapat diterbitkan dalam bentuk kartun.

Meon ini seorang budak kampung yang minat untuk menjadi askar. Bersama dengan dua lagi rakannya, mereka sering bermain bersama-sama.

Awalnya, saya lambat membaca komik ini. Bila tengok suami dan adik ipar tersenyum-senyum ketika membaca komik ini, timbul pula rasa ingin tahu. Memang ceritanya lucu dan menarik. Yang penting saya dapat info baru dari komik ini. Ha, siapa kata komik tidak berguna? Komik juga boleh menjadi medium menyebarkan ilmu jika digunakan pada tempat yang betul.

Komik ini menceritakan kehidupan budak kampung sehari-hari. Meon dan dua rakannya gemar aktiviti lasak. Satu hari Meon mencadangkan mereka bermain perang terung manggor. Terung manggor? Apa tu? Hendak tahu, bacalah komik ini ya! ;)

Yang lucunya ialah ketika mereka berpakat untuk mengambil (baca : mencuri) papan dari reban ayam Pak Abu yang buruk itu. Nampak sahaja rapuh tapi susah juga mereka hendak mengumpil papan itu. Akibatnya, roboh reban ayam Pak Abu. Yang saya suka ialah Meon berani mengaku salah dan tidak berbohong. Wah, kagum. Nampak sahaja kecil tetapi hatinya jujur (cewah,,).

Hendak buat apa dengan papan itu? Sebenarnya mereka hendak membuat senapang kayu. Ada juga diajar cara-cara membuat senapang kayu ini. Saya tertanya-tanya adakah lagi kanak-kanak zaman ini yang masih bermain senapang kayu?

Cerita ini bersiri jadi saya tidak tahu kesudahan Meon dan rakan-rakannya menjadi penyelamat kepada dua orang budak perempuan yang dibuli oleh budak nakal.

~~~~~~~~~~~~

Akhir-akhir ini saya minat pula mahu baca komik-M. Mungkin disebabkan ciri-cirinya berlainan dengan komik-komik lain. Apa pun saya menyokong komik ini dibaca oleh para pelajar kerana komik ini menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) selain ceritanya yang tidak bercanggah dengan norma-norma Islam.

Dengan usaha pihak PTS ini, mungkin pihak sekolah dan ibu bapa tidak lagi menyenaraihitamkan komik untuk bacaan anak-anak. Saya sendiri berusaha menarik minat membaca adik-adik kecil (dan remaja) di kampung dengan meletakkan komik dan bahan bacaan yang bersesuaian bagi dibaca sewaktu masa lapang di meja tamu di luar rumah.

Hasrat saya ialah membina mini perpustakaan untuk kanak-kanak dan remaja di rumah. Mudah untuk saya monitor (agaknya ;)). Tapi ia memerlukan kos. Wallahualam. Doakan saya ya (",)

3 ulasan:

  1. insya'ALLAH...semoga dpt merealisasikan hasrat yang baik itu~ sekarang ni, terdapat juga komik yang bukan sekadar hiburan tetapi mempunyai mesej yang baik ..
    seperti di sini :) http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2161
    waLLAHUa'alam =)

    BalasPadam
  2. salam,akak..
    bila nk update blog ni?
    dah bersawang da ni..=)

    BalasPadam
  3. Ada baca buku tapi semua tak habis baca. Mungkin lepas pesta buku :D Insya Allah.

    BalasPadam