Bismillahirrahmanirrahim.
Isnin, 8 Februari 2016
Sabtu, 16 Januari 2016
Jumaat, 15 Januari 2016
Bacaan Januari Part 1
Bismillahirrahmanirrahim.
6 buah buku sudah dibaca setakat ini :
1. Komik Tazkirah Tok Guru.
2. Koleksi Cerpen Berguru Pada Binatang - Edisi Murid.
3. 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi.
4. Amelia - serial anak-anak mamak.
5. Diari Mat Despatch #5 Naluri Ayah.
6. #Henshin From Jahiliah To Jannah.
Label:
Catatan,
iRead2016,
reading challenge
2016
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama saya tinggalkan blog ini tanpa catatan. Masih tetap membaca tetapi tidak membuat ulasan. Mungkin saya seolah-olah mengejar masa membaca buku dan mencatat di dalam jurnal sahaja. Lebih mudah begitu.
Tahun lepas (2015) saya mencatatkan bacaan 72 buah buku berbanding 80 buah pada 2014. Merosot. Ya, sebab saya banyak ralit dengan telefon pintar. Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. ^_^;
Insya Allah tahun ini mahu kurangkan masa dengan gajet dan lebihkan membaca. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dapat saya kongsikan insya Allah.
Tahun ini menggalas amanah mengajar kelas peperiksaan. Berdebar. Semoga dapat mengajar dengan baik dan Allah bukakan hati dan minda anak-anak istimewa ini menerima pelajaran. Amin.
Lama saya tinggalkan blog ini tanpa catatan. Masih tetap membaca tetapi tidak membuat ulasan. Mungkin saya seolah-olah mengejar masa membaca buku dan mencatat di dalam jurnal sahaja. Lebih mudah begitu.
Tahun lepas (2015) saya mencatatkan bacaan 72 buah buku berbanding 80 buah pada 2014. Merosot. Ya, sebab saya banyak ralit dengan telefon pintar. Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. ^_^;
Insya Allah tahun ini mahu kurangkan masa dengan gajet dan lebihkan membaca. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dapat saya kongsikan insya Allah.
Tahun ini menggalas amanah mengajar kelas peperiksaan. Berdebar. Semoga dapat mengajar dengan baik dan Allah bukakan hati dan minda anak-anak istimewa ini menerima pelajaran. Amin.
Selasa, 25 Ogos 2015
RakBuku2015 (43) Diagnosis 2
![]() |
| Sumber gambar : Goodreads.com |
Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah beberapa lama buku ini dikeluarkan barulah saya berjaya memilikinya melalui jualan bulanan di MPH Bookstore ^_^ Ada tawaran diskaun 30%
Diagnosis 2 menghimpunkan doktor-doktor pakar yang menulis mengikut bidang masing-masing. Sangat bermanfaat. Khusus untuk orang awam seperti saya. Mendalami kerjaya mereka sememangnya wajar diberi penghormatan atas pengorbanan yang dilakukan untuk menyelamatkan pesakit.
Satu perkara yang paling terkesan daripada karya ini ialah belajar untuk IKHLAS.
Masya Allah tabarakallah. Semoga Allah memudahkan urusan mereka para doktor. Amin...
Ahad, 23 Ogos 2015
RakBuku2015 (42) Ahmad Ammar Engkau Miliknya
| Ahmad Ammar Engkau Milik-Nya Bismillahirrahmanirrahim. Buku ini menyingkap sisi keluarga arwah Ahmad Ammar terutama keperibadian ibu ayahnya serta cara pendidikan yang diberikan. Ternyata kedua-duanya memiliki wibawa selain positif dan tetap pendirian. Tawakkal kepada Allah tinggi. Malah ia boleh dilihat pada respon Ahmad Azzam tatkala ditanya mengenai kebuntuan ibu ayah kini menangani anak bermasalah. "Jangan ada sesaat pun kita bersangka buruk dengan Allah Taala. Mesti selalu bersangka baik. Orang boleh berubah sekelip mata. Orang bukan Islam pun boleh mendapat hidayah." Ya, membaca buku ini membuatkan saya teringat perbualan bersama ibu mertua yang berkongsi pengalaman mendidik anak. Ibu mertua berpesan bacalah selalu Surah Ali-Imran ayat 200 terutama ketika anak masuk tidur. Baca di telinga dan usap ubun-ubunnya. Baca dengan yakin semoga Allah memberkati. Bermakna sebagai ibu ayah, sentiasa berdoa kepada Allah, jangan putus asa dan berusaha sebaiknya dalam mendidik anak. Saya turut terkesan dengan sikap Pn Nor Azlina, ibu arwah Ahmad Ammar ini yang pandai menjaga diri dan hati selama tinggal bersama mertua. Bukan sebulan dua, tetapi sehingga 20 tahun. Subhanallah. Dengan kesibukan suaminya sebagai pendakwah yang menyebabkan suaminya kerap keluar meninggalkan keluarga, Pn Nor Azlina tetap teguh menguruskan keluarga dan mampu berdikari tanpa menyusahkan suami. Melihat kepada reaksi mereka ketika menerima berita pemergian satu-satunya anak lelaki menimbulkan rasa kagum dan terbit rasa hormat kerana mereka nampak tenang dan sangat redha atas takdir Allah. Bagi remaja, buku ini sangat bagus dalam memberi kesedaran dan suntikan motivasi kerana zaman ini kita sangat dahagakan ikon yang baik dan soleh. Di kala umum obses kepada teknologi dan gajet, keluarga ini tidak mengikat anak-anak daripada jauh daripada dunia tanpa sempadan tetapi tetap menyediakannya namun Ahmad Ammar bijak menggunakannya. Ia dapat dilihat daripada salah satu status yang dimuat naik ke laman sosialnya - "Jika mahukan hiburan, cukuplah dengan membaca Al-Quran." Masya Allah. Semoga Allah memberkati kita semua. |
Label:
Ahmad Ammar,
Biografi,
Bonda Nor,
Galeri Ilmu,
Tokoh
Jumaat, 21 Ogos 2015
RakBuku2015 (41) Multiple Intelligences for Islamic Teaching
![]() |
| Sumber gambar : sini |
Bismillahirrahmanirrahim
Tajuk buku sangat menarik minat saya ketika mula-mula ternampak di laman sosial seorang rakan. Tetapi disebabkan saya sedang menahan diri dari membeli apa-apa buku ketika itu, terpaksa saya pendam dahulu hasrat tersebut.
Alhamdulillah dapat juga memiliki buku ini.
Membaca buku ini mengingatkan saya kepada buku 100 Panduan Mengajar Bahasa terbitan ITBM (pernah diulas tahun lalu). Saya suka buku sebegini. Ringkas. Terus kepada tema, tajuk, objektif dan cara pelaksanaan aktiviti.
Mempunyai 24 bab kecil merangkumi pelbagai topik seperti akidah, rukun Islam, tafsir surah dalam al-Quran dan konsep syukur. Buku ini mengambil pendekatan menggabungkan kecerdasan pelbagai Howard Gardner dengan Intellectual Quotient (IQ) dan Spiritual Intelligence (SI).
Banyak sekali cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Cuma, ya, gambar ilustrasinya tiada. Jadi, untuk orang visual seperti saya adakalanya perlu berhenti sejenak membayangkan bagaimana aktiviti ini dijalankan. Mungkin itulah konsep yang sesuai untuk buku ini. Sekiranya dibantu dengan sokongan visual khuatir mengganggu tumpuan pembaca. Mungkin. Sekadar andaian saya :)
Tambahan lagi, kebanyakan aktiviti yang dicadangkan tidak menelan belanja yang banyak. Ia hanya menggunakan apa yang ada di persekitaran.
Sangat disyorkan untuk ibu bapa dan guru. Semoga bermanfaat.
Langgan:
Catatan (Atom)





